malaynews1. Powered by Blogger.

Ustazah Alyah Di Beri Peluang Berceramah



Penyanyi Alyah menjelaskan beliau terpaksa menolak byk jemputan ceramah berkaitan agama apabila membuat keputusan memakai tudung selepas kembalinya daripada mengerjakan umrah pada April 2013.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, dia tidak bersedia untuk bercerita hal-hal agama selepas menukar imej kerana bimbang akan timbul tafsiran negatif yg akan merosakkan dirinya.

“Saya dapat banyak tawaran untuk berceramah tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Saya mengaku ilmu agama saya masih cetek & tidak wajar untuk saya bercerita hal-hal agama yg mungkin nanti akan menyebabkan banyak salah faham,” katanya kepada mStar Online.

Alyah memberitahu, langkahnya memakai tudung adalah untuk menjadi manusia yg lebih baik secara berperingkat & bukannya menjadikan ia sebagai satu trend gaya wanita Muslimah.

Malah kata Alyah, ada juga segelintir pihak yg menjemputnya untuk bercakap mengenai perubahan dirinya itu di pentas politik.

“Kalau nak suruh saya bercakap soal kerjaya & bagaimana untuk memperbaiki imej, insya-Allah saya boleh tetapi kalau sentuh bab-bab politik, saya terpaksa tolak. Itu bukan cara saya,” katanya.

Ditanya apakah perubahannya selepas memakai tudung Alyah berkata, dia menjadi dirinya yg sebenar & masih seperti dulu.

Malah Alyah akui, mereka yg berusaha untuk berubah menjadi baik akan diuji dengan macam-macam ujian sehingga boleh menimbulkan perasaan riak & takbir dalam diri.

Untuk itu jelas Alyah, dia perlu berjaga-jaga daripada segi tutur kata & pergaulan di khalayak agar imej yg dibawa itu seiring dengan perubahan yg sedang dilakukannya. Bercerita mengenai perkembangan terbaharu Alyah berkata dia bakal muncul dengan single berjudul Sesal Separuh Nyawa.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Ustazah Alyah Di Beri Peluang Berceramah"
Back To Top