malaynews1. Powered by Blogger.

Rahsia Penjagaan Vokal Hazama


Hazama cukup peka dalam penjagaan suaranya.

Penyanyi Hazama mengakui sukan renang yg menjadi suatu kemestian dalam diari waktu riadahnya banyak membantu menguatkan stamina ketika mengadakan persembahan.

Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 30, berkata, dia seorang yg begitu peka dgn penjagaan vokal nyanyiannya dan telah mengamalkan aktiviti itu sejak lima tahun lalu.

"Seperti semua sedia maklum, berenang sangat baik untuk kesihatan, terutamanya bagi yg mempunyai masalah pernafasan.

"Dan saya pula berenang bagi mengekalkan stamina dan menguatkan lagi vokal nyanyian. Ia antara jenis sukan yg paling mudah dalam penjagaan kesihatan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Hazama, dia sanggup berenang dlm tempoh masa yg lama kerana ia terbukti dapat menambah staminanya ketika beraksi di pentas.


Hazama mula mendalami ilmu lakonan pula.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hazama bakal muncul dlm sebuah filem terbitan Excellent Pictures berjudul Hantu Nan Sempit yg akan ditayangkan pada 5 Jun depan.

Kata Hazama, dia kini semakin serasi dengan kerjaya lakonan meskipun ia bukanlah bidang utama yg mahu difokuskan.

"Saya ambil kerja lakonan ini untuk menilai kemampuan diri dan melihat sejauh mana boleh pergi dlm bidang ini. Tidak lebih daripada itu.

"Lagipun apabila orang memberi kepercayaan pada saya untk cuba berlakon, apa salahnya saya cuba. Dan Alhamdulillah setakat ini, saya sudah terbabit dalam beberapa drama dan filem," ujarnya.

Tambahnya, walaupun tidak terlalu fokus dlm bidang lakonan, dia tetap mengharapkan agar lakonannya itu mampu membuka mata orang ramai terhadap kemampuannya sebagai seorang pelakon.

Sebelum ini, Hazama pernah membintangi filem Cinta Atas Tar.
Tag : Hiburan

Related Post:

0 Komentar untuk "Rahsia Penjagaan Vokal Hazama"
Back To Top