malaynews1. Powered by Blogger.

Tun Mahathir Terima Kunjungan Shah Rukh Khan

Rasanya sudah ramai maklum tentang ikatan persahabatan yg erat antara Tun Mahathir dengan superstar Bollywood, Shah Rukh Khan.



Antara bukti keakraban Tun M dengan SRK termasuk kesediaan bintang terkenal itu menaiki jet peribadinya semata-mata untuk menghadiri majlis hari lahir Tun M di Kuala Lumpur pada Disember 2012.

Malah menurut SRK, dia pasti bertemu Tun M beberapa kali setiap tahun kerana amat mengaguminya.

Antara komen SRK tentang Tun M:

“Saya mula mengenali beliau (Tun Dr Mahathir) sejak 15 tahun yg lalu. Sejak mengenali beliau, hidup saya lebih bermakna kerana beliau inspirasi buat diri saya sendiri. Setiap kali bertemu & berbual dengan beliau, saya rasa cukup senang. Beliau sangat bijak & mempunyai pengetahuan yg cukup luas & besar. Saya bertuah kerana dapat mengenali beliau.

Dia bukan saja mentor buat saya, malahan merupakan salah seorang individu paling bermakna dalam hidup saya. Saya akan sentiasa membawa prinsip & falsafahnya ke mana saja saya pergi.”

Baru-baru ini ketika datang ke Malaysia untuk menjayakan konsert Tempation Reloaded yg berlangsung pada 15 Februari di Stadium Merdeka, SRK sekali lagi tidak melepaskan peluang menemui Tun M.

Pertemuan yg diadakan sehari selepas konsert itu menyaksikan SRK datang menjenguk Tun M & isteri, Datin Siti Hasmah di kediaman beliau.



Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Tun Mahathir Terima Kunjungan Shah Rukh Khan "
Back To Top