malaynews1. Powered by Blogger.

Siapakah Pemuda Mualaf Yang Dicintai Nelydia?



 PERBEZAAN agama & bangsa tidak pernah membataskan rasa cinta & sayang yg diciptakan ALLAH untuk hamba-Nya.

Meskipun terhalang dek keluarga jika sudah jodoh tetap bertemu biar pun jarak memisahkan.

Menggandingkan pelakon Nelydia Senrose & Mah Kit Wai, drama bertajuk Sesuci Cintamu disiarkan TV1 mengisi slot Panggung 1 pada 3 Mac depan, jam 2 petang turut dibintangi oleh Abdul Razak, Safura Yaacob, Mandy Chong, Amar Bahrin, Syawal & Shakila oriri.

Drama arahan Harris Fadzillah ini bermula di mana Aisyah, seorang penuntut tahun akhir universiti yg mempunyai latar belakang keluarga yg begitu prihatin berkenaan pengisian Islam menerima undangan makan daripada rakan seuniversiti iaitu Jason Chong yg telah lama meminatinya.

Aisyah tanpa pengetahuan ibu bapanya menerima undangan keluar makan bersama Chong dengan syarat ia ditemani oleh sepupunya yg juga kawan rapatnya di universiti yg sama. Perjumpaan itu membibitkan perasaan yg lebih mendalam di antara mereka tambahan pula Chong merasakan keunikan keperibadian Aisyah berbanding dengan remaja wanita lain yg pernah ditemuinya.

Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Siapakah Pemuda Mualaf Yang Dicintai Nelydia?"
Back To Top