malaynews1. Powered by Blogger.

Nasha Aziz Jalani Ujian DNA

Aktres & supermodel terkenal, Nasha Aziz, 45, mendedahkan baru-baru ini beliau melakukan ujian pemeriksaan asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai langkah penjagaan kesihatan dirinya sendiri.



“Baru-baru ini saya ada membuat ujian DNA. Selepas mendapat keputusan ujian itu, barulah saya tahu imunisasi badan saya tidak kuat & saya berpotensi untuk menghidapi beberapa penyakit berbahaya. Jadi apa yg saya lakukan, saya mengambil langkah untuk mengawal penyakit-penyakit itu dengan terus kekal mengamalkan gaya hidup sihat.

“Bila umur kita semakin meningkat, kadar metabolisma kita pun semakin menurun. Untuk kekal sihat & nampak sentiasa segar, saya pastikan saya mendapat tidur yg cukup bersenam, saya juga mengambil suplemen berasaskan kunyit. Suplemen tersebut baik untuk sistem pencernaan sekaligus dapat membuang toksid dalam badan kita” katanya ketika diajak berkongsi rahsia dirinya kekal awet muda ketika ditemui baru-baru ini.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Nasha Aziz Jalani Ujian DNA"
Back To Top