malaynews1. Powered by Blogger.

Jamal Bercinta Dengan Nas Adila

Datuk Jamal Abdillah mendedahkan beliau telah didekati ramai wanita sejak dikurniakan pingat kebesaran, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yg membawa gelaran Datuk pada Oktober 2013.

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, berkata, wanita yg ingin merapatinya dipercayai mempunyai niat yg tidak baik.


"Ada lebih tujuh atau lapan orang yg ingin mengenali saya hanya dengan niat yg tidak baik. Sekilas ikan di air saya sudah tahu tujuan mereka.

"Mereka bukan di kalangan artis tetapi orang biasa. Mereka ingin mengenali saya kerana nama, pangkat Datuk & wang semata-mata," katanya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media mengenai persembahannya sempena Hari Ibu di N'Dah Mahligai, di sini, pada Selasa.


 Jihan Raja Lawak, Jamal Abdillah dan Nas Adila menghiburkan majlis Hari Ibu Bersama Dato' Jamal Abdillah pada 11 Mei depan.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Jamal Bercinta Dengan Nas Adila"
Back To Top