malaynews1. Powered by Blogger.

Izarah Benci Lakonan Sendiri



Pelakon yg popular menerusi drama bersiri 'Vanilla Coklat', Izara Aishah menjelaskan dia tidak berpuas hati menonton aksi sendiri dalam filem terbarunya, 'Sejoli' yg bakal ditayangkan pada 20 Februari ini. Filem tersebut menggandingkan Izara bersama Bront Palarae, Maya Karin, Remy Ishak, Azad Jazmin, Dira Abu Zahar & ramai lagi.

"Saya puas melihat lakonan orang lain tetapi saya tidak puas hati melihat lakonan sendiri. Ini merupakan kali pertama saya berlakon di bawah arahan Osman Ali. Saya rasa kadang kala saya terlebih 'over', rasa menyampah pun ada. Saya rasa teruk, tapi dari situ saya akan baiki mutu lakonan saya," ujar Izara ketika ditemui usai majlis tayangan filem 'Sejoli' di Cathay Cineplex, Damansara pada Jumaat.

"Pada mulanya, saya rasa gemuruh apabila mendapat tawaran ini daripada pengarah. Saya merupakan peminat Osman & saya suka filem-filem yg pernah dihasilkan olehnya. Apabila melihat senarai pelakon-pelakon lain, saya menjadi tambah gementar.

Ini kerana semuanya lebih senior dan berpengalaman daripada saya. Saya rasakan itu adalah satu cabaran & saya harus mengambil peluang ini. Saya juga ada menghadiri kelas lakonan sebelum bermulanya penggambaran filem ini," ujar Izara lagi.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Izarah Benci Lakonan Sendiri"
Back To Top