malaynews1. Powered by Blogger.

Bocey Dengan Isu Tersendiri





PROGRAM popular Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) telah pun melabuhkan tirainya pada minggu lalu malah bahang kemenangan yg diraih kumpulan Sepahtu masih menjadi sebutan ramai.

Di sebalik kejuaraan Sepahtu, nama kumpulan Bocey juga terheret kerana ada pihak menyifatkan trio itu layak menyandang gelaran juara pada malam akhir pertandingan yg menawarkan wang tunai sebanyak RM500,000 sebagai taruhan.

Secara amnya ramai berpendapat berbanding Sepahtu, Bocey punya potensi besar untuk menjuarai MLM2013 kerana mempunyai idea yg segar & tidak klise.

Lalu timbul isu yg mendakwa bahawa kemenangan Sepahtu telah dirancang.

Pelbagai spekulasi muncul mendakwa bahawa usaha untuk menjadikan Bocey sebagai juara ‘terhalang’ kerana kumpulan tersebut tidak lahir daripada produk Astro.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Bocey Dengan Isu Tersendiri"
Back To Top