malaynews1. Powered by Blogger.

Akhirnya Fizz Fairun Dan Almy Nadia Menikah Mei Ini



Setelah heboh kisah cintanya dengan pelakon cantik, Almy Nadia, akhirnya pelakon, Fizz Fairuz mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga 30 Mei ini.

Menurut Fizz, persiapan majlis perkahwinan mereka kebanyakannya diuruskan Almy sendiri.

“Alhamdulillah, setelah lapan tahun bercinta, akhirnya kami akan melangsungkan perkahwinan tahun ini.

“Setakat ini, semua persiapan sedang dibuat & kebanyakannya diuruskan oleh Almy sendiri,” katanya.

Majlis pernikahan bakal dijalankan di kampung halaman Almy, Pulau Pinang sementara majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan di Pulau Pinang & Raub.

“Majlis resepsi akan dibuat di Pulau Pinang & kampung saya sendiri iaitu di Raub. InsyaAllah, kami akan membuat majlis resepsi khas buat peminat di Kuala Lumpur,” katanya.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Akhirnya Fizz Fairun Dan Almy Nadia Menikah Mei Ini"
Back To Top