Hanis Zalikha , blogger terkenal dan juga pelakon yang sedang meningkat naik dikhabarkan memuatnaik beberapa gambar romantik bersama kekasih di internet
. Menurut sumber kekasih Hanis Zalikha ialah seorang juruterbang. Benarkah dakwaan itu?
Baru-baru ini, seorang wartawan sebuah media hiburan telah menegur Hanis Zalikha kerana penyebaran gambar mesranya bersama kekasih di internet walaupun masih enggan menceritakan kisah peribadinya dikhalayak ramai. Berikut ialah bunyi teguran wartawan berkenaan.
"Walaupun gambar-gambar itu bukan daripada akaun Instagram Hanis tapi takkan Hanis tak sedar impak daripada pendedahan gambar tersebut.Kalaupun Hanis betul-betul tak nak kongsi cerita peribadi pada umum, simpanlah cerita cinta Hanis itu betul-betul. Pesan juga pada abang juruterbang, jangan muat naik di Instagram. Jangan bagi rahsia bocor! Sebenarnya Miss J tak ada masalah dalam bab-bab cinta artis ini. Malah Miss J memang suka tengok artis-artis kita bahagia.Tapi yang masalahnya bila artis berdegar-degar cakap tak mahu itu ini tapi akhirnya yang jadi terbalik."
Hmm , ada benarnya kata-kata wartawan tu. Hanis kena la peka ngan keadaan sekeliling. diharapkan Hanis ambik iktibar dari peristiwa ini.
Sumber
0 Komentar untuk "Gambar Romantik Hanis Zalikha Dan Kekasih Bikin Kontroversi "