malaynews1. Powered by Blogger.

Zooey Deschanel Cari Cinta Baru




Bintang New Girl, Zooey Deschanel berharap akan bertemu lelaki sesuai selepas bercerai dengan Ben Gibbard pada 2011. Kali ini dia mahu jejaka itu menjadi teman hidupnya hingga ke akhir hayat.

“Walaupun kecewa dengan perkahwinan pertama, saya tetap percaya dengan cinta.

Saya yakin, cinta sejati ada di luar sana dan akan terus mencari.

“Saya juga percaya dengan hubungan yang kekal. Ibu bapa saya adalah contoh terbaik apabila hidup bersama selama 40 tahun, manakala usia perkahwinan datuk dan nenek pula mencecah 70 tahun.

“Saya ingin pasa­ngan hidup yang berjiwa kreatif. Lebih seronok jika dia cintakan seni, tidak kisah sama ada lu­kisan mahupun muzik,” katanya. – Harian Metro
0 Komentar untuk "Zooey Deschanel Cari Cinta Baru "
Back To Top