Caracas – Pihak berkuasa penjara kini melarang semua pelawat daripada membawa beg pakaian ke premis itu selepas pengawal nyaris diperdaya melalui percubaan banduan melarikan diri, lapor media semalam.
Baru-baru ini, seorang pembunuh, Gavinson Garcia, masuk ke sebuah beg pakaian dibawa teman wanitanya, Susana Blanco, dalam cubaannya memboloskan diri dari Penjara Yare II.
Bagaimanapun, rancangan itu terbongkar apabila pengawal melihat Susana, 22, bersusah-payah menarik beg pakaian berkenaan ketika melepasi pintu penjara.
Apabila beg berkenaan diperiksa, pengawal penjara menemui Garcia yang cuma bersinglet dan berseluar pendek berkerekot di dalamnya.
Akhbar El Nuevo Herald melaporkan, Garcia meletakkan kepalanya di antara kedua-dua lututnya.
“Kami percaya Garcia juga mungkin memberi wang kepada banduan lain untuk bersekongkol dengannya,” katanya.
Sumber itu berkata, Garcia mungkin tersilap kerana menyangka pihak berkuasa penjara hanya menjalankan pemeriksaan ke atasnya ketika dia masuk ke situ.
“Barangkali dia tak menjangkakan kami turut memeriksanya ketika dia cuba keluar dari sini,” katanya. Keadaan fizikal Garcia yang agak kecil dengan tinggi kira-kira 1.6 meter memudahkan dia dimuatkan di dalam beg berkenaan. – Daily Mail
0 Komentar untuk "Sorok Banduan Dalam Beg Di Caracas"