malaynews1. Powered by Blogger.

Puteri Sarah Nafi Chiom, Tapi Gigit Pipi Amar Alfian

 



Berikutan gambar pipi Amar Alfian dikatakan dicium oleh kekasihnya Puteri Sarah

ini Puteri Sarah menafikan tindakan tersebut dan mengatakan beliau sebenarnya mengigit pipi Amar.
Beberapa laman web hiburan terkenal dan wartawan telah menghubungi Puteri Sarah bagi mendapatkan berita yang lebih lanjut.
Ketika diajukan soalan berkaitan ciuman tersebut, Puteri Sarah memberitahu;

“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

“Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.

“Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.”

Sumber


0 Komentar untuk "Puteri Sarah Nafi Chiom, Tapi Gigit Pipi Amar Alfian "
Back To Top