Sebelum ini, pelakon, Fazura cukup sinonim dengan filem-filem tempatannya bersama Red Films seperti Gol dan Gincu serta Pisau Cukur.
Tetapi mengapa dalam filem Instabul Aku Datang, Fazura tidak turut berlakon sama?
Menerusi Budiey.com, hari ini, Fazura berkata, dia ada menerima tawaran daripada Red Films itu tetapi terpaksa menolak kerana ada sebab tertentu.
“Di dalam filem tersebut terdapat beberapa babak yang bertentangan dengan prinsip saya.
“Jadi watak utama tersebut telah bertukar tangan kepada Lisa Surihani,” katanya.
Sebelum ini, umum juga mengetahui bahawa Fazura tidak akan berlakon sekiranya terdapat adegan ranjang atau babak berpelukan dengan lelaki.
Prinsip ini membuatkannya terpaksa memilih watak mana yang bena-benar bersesuaian dengan dirinya.
Baguslah jika bergitu kerana Fazura benar-benar berpegang tegas pada prinsipnya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pembukaan butik House Of Doll yang kedua, dia memberitahu ia masih di dalam perancangan.
Nampaknya Fazura benar-benar fokus dengan kerjayanya sebagai ahli perniagaan.
Sebab itulah dia jarang hadir kemana-mana majlis hiburan.
Dia mempunyai agenda tersendiri di dalam hidupnya.
Tag :
berita hiburan
0 Komentar untuk " Sebab Fazura Tolak Tawaran Red Films"