Kata Hafiz, dia percaya gelaran tersebut timbul kerana salah faham masyarakat terhadap dirinya.
Hafiz memberitahu, faktor dia mudah mesra dengan orang ramai selain ramah melayan peminat perempuan mungkin membuatkan dirinya menjadi mangsa keadaan dengan mudah dituduh sebagai ‘playboy’.
“Mungkin sikap saya yang ramah dengan peminat perempuan menyebabkan ada di antara mereka di luar sana melabelkan saya sebagai kaki perempuan.
“Realitinya saya masih menjadi diri saya ketika berada di kalangan peminat, mungkin sikap saya ini menimbulkan banyak salah sangka,” kata Hafiz yang dipetik dari Utusan Online, hari ini.
Sebelum ini, Hafiz mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi wanita Adira kepada media.
Namun, hubungan cinta mereka tidak bertahan kerana memikirkanmasing-masing tidak dapat memberikan komitmen dalam memastikan hubungan mereka berjalan lancar.
Tidak lama selepas tersebarnya berita mereka berdua terputus hubungan cinta, timbul cerita Hafiz sudah mempunyai pengganti Adira selain gambarnya bersama seorang wanita tersebar meluas.
Selain itu, gambar Hafiz yang mesra bersama wanita-wanita lain juga turut tersebar.
Untuk membersihkan namanya, Hafiz menjelaskan itu adalah sahabatnya yang bekerjasama atas urusan kerja.
Hafiz turut menegaskan hatinya tidak memiliki perasaan kepada mana-mana wanita kerana ingin menumpukan perhatian kepada perjalanan kerjaya seninya.
“Gambar yang tersebar yang mengatakan gadis tersebut merupakan teman wanita saya adalah fitnah semata-mata. Dia bukan teman wanita saya tetapi rakan yang saya kenal melalui telefilem lakonan saya iaitu Langkah Bendul.
“Saya tidak bercinta dengan sesiapa, kalau adapun saya akan berterus terang. Buat masa ini saya ingin tumpukan perhatian buat kerjaya seni saya dahulu.
“Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan di sini saya banyak belajar daripada pengalaman cinta yang lalu,” kata Hafiz.
Tag :
berita hiburan
0 Komentar untuk " Hafiz Mohon Jangan Labelkan Dirinya ‘Playboy’"