Ini lagi kisah mengenai aktres, Ana Dahlia dalam hidupnya.
Umum mengetahui yang pelakon wanita itu mengalami masalah dalam rumah tangganya bersama dengan Chef Riz, anak kepada Chef yang terkemuka di Malaysia iaitu Chef Wan.
Mereka dikatakan semakin kritikal dalam menangani masalah rumah tangga yang dihadapi ketika ini.
Terbaru, Ana dikatakan sebenarnya psiko dan akan semakin psiko!
Apa-apa pun, janganlah kita salah faham terlalu awal kepada diri Ana.
Sebenarnya, Ana terpaksa menjadi psiko dalam membawakan watak lakonannya bagi drama Cinta itu Milikku dalam slot Akasia di saluran TV3.
Berbeza dengan pembawakan watak yang bersifat baik sebelum ini, Ana berkata, watak Dini dalam drama itu yang bersifat antagonis adalah percubaan pertamanya.
“Watak saya kali ini berbeza dari drama-drama sebelum ini, kerana keseluruhannya negatif dan antagonis.
“Watak ‘Dini’ bersifat seperti seorang yang psiko, menggoda dan bersifat pendendam. Ini adalah watak antagonis yang pertama Ana lakonkan secara terang-terangan,” kata Ana yang dipetik dari portal Gua.com.
Dek kerana ingin mengetahui sama ada di mampu untuk menjadi jahat dalam lakonannya, Ana berani menyahut cabaran yang diberikan.
Malah, Ana tidak kisah dengan persepsi peminat apabila menonton lakonannnya dalam drama yang bakal ditayangkan pada 12 November nanti kerana dia sendiri tahu peminat-peminat bijak untuk menilai bakat lakonannya.
“Saya agak takut sedikit, apabila memikirkan watak ini, kerana saya fikir boleh bawa dengan baik ke tidak?
“Mengenai persepsi peminat saya tidak ada masalah kerana saya tahu peminat sekarang lebih bijak menilai dan seseorang pelakon itu perlulah mencuba pelbagai watak barulah ia benar-benar boleh dikatakan sebagai pelakon yang bagus dan serba boleh,” katanya.
Tag :
berita hiburan
0 Komentar untuk " Ana Dahlia Semakin Psiko Dalam Hidup?"