malaynews1. Powered by Blogger.

Bunuh diri kerana Psy curi idea tarian The Horse Riding Dance

Seorang lelaki yang membuat kontroversi kerana menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance cuba membunuh diri dengan mengambil ubat yang berlebihan. Kim Jang Hoon yang masih dirawat di hospital berkata mahu meninggalkan Korea secepat mungkin. Sebelum kejadian ini terjadi,  Psy dan Kim Jang Hoon adalah kawan baik

Bunuh diri kerana Psy curi idea tarian The Horse Riding Dance - Terbakor

Kim Jang Hoon

AKIBAT tekanan perasaan, Kim Jang Hoon cuba membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan.
Masih mendapatkan rawatan di hospital, Jang Hoon melahirkan hasrat untuk meninggalkan Korea secepat mungkin.
“Saya akan meninggalkan Korea dengan segera setelah sembuh nanti dan juga berharap agar saya boleh mencari kehidupan yang lebih tenang di luar Korea,” katanya.
Jang Hoon pernah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance, kerana sebelum ini mereka bersahabat baik dan pernah mengadakan konsert bersama pada 2009.
Sebelum insiden ini berlaku, PSY pernah mengaku dia banyak belajar mengenai muzik dan tarian daripada Jang Hoon.

Sumber : Sinar
0 Komentar untuk "Bunuh diri kerana Psy curi idea tarian The Horse Riding Dance "
Back To Top