#SEIRING dengan peredaran masa, ramai yang mengakui bahawa penuntut
pusat pengajian tinggi kini jauh lebih ke hadapan berbanding beberapa
dekad terdahulu.
Kalau dilihat, golongan mahasiswa di universiti sekarang memiliki
pelbagai kelebihan antaranya kecanggihan teknologi yang diterapkan dalam
pembelajaran, kemudahan fasiliti yang disediakan serta infrastruktur
yang lebih selesa.
Namun, adakah ‘fakta’ tersebut benar atau hanya sandiwara sesetengah
pihak untuk mengaburi realiti sebenar yang mencengkam golongan
mahasiswa?
Sayangnya, kenyataan bahawa mahasiswa kini terlalu leka dengan
fatamorgana dan arus kemodenan sehingga lupa tentang tanggungjawab
sebagai modal insan, harus dikunyah dan ditelan seluruh masyarakat.
Berkongsi di laman sosial Facebook, pengendali akaun Aiman Nazirmuddin mempunyai alasan mudah tentang ujarannya.
Anda bacalah sendiri luahan pendapat individu berkenaan..
Memberi contoh trend terkini golongan tersebut mewujudkan beberapa akaun
berkonsepkan cantik dan kacak, ia sekaligus menggambarkan mentaliti
mereka yang mementingkan perkara picisan berbanding hal yang lebih
kritikal.
“Kami terlalu sibuk mencari siapa yang cantik dan hensem di
kalangan kami. Kami terlalu sibuk berlawan siapa paling cantik di antara
universiti.
“Kami ini mahasiswa dan siswi yang tidak langsung peduli soal
ekonomi negara, soal pendidikan mahupun soal sosial. Kami tidak ambil
peduli tentang apa yang masyarakat luar bandar perlukan, dan apa yang
kami boleh berikan. Kami langsung tidak peduli.”
Sememangnya, pendapat oleh Aiman tepat kerana di ruangan Instagram,
akaun seumpama ‘Malay Pretty’, ‘Malay Beauty Handsome’, malah lebih
spesifik, ada individu yang mewujudkan akaun ‘UiTM Handsome’, ‘UiTM
Pretty Official’ dan ‘MSU Pretty Kacak’ senang ditemui.
Alahai… senario seperti ini pastinya sangat menyedihkan dan tidak wajar
berlaku atas kapasiti bahawa penuntut universiti sepatutnya sudah mampu
berfikir jauh dan mengutamakan isu lebih berat seperti politik, bangsa,
agama, ekonomi mahupun negara.
Secara mudahnya, ini menunjukkan refleksi masyarakat kita yang
mengutamakan rupa lebih daripada segala-galanya. Tak hairan juga kenapa
Malaysia masih berada pada ranking bawah dalam senarai universiti
terkemuka dunia mahupun Asia.
Khas buat mahasiswa dan mahasiswi, apa guna cantik dan kacak kalau
ditanya soalan GST mahupun politik, tergagap-gagap nak jawab, kan?
Lagi sedih, andai saat ekonomi negara menjadi tidak menentu serta
pemimpin perlu diganti suatu hari nanti, mahasiswa yang diharap menjadi
penyelamat masih diapit dengan cerita siapa lebih cantik, siapa lebih
kacak, siapa lebih sasa. Sedihnya…
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk " Asyik Lawan Siapa Lagi Cantik, Apa Nak Jadi Penuntut Kita?"