"TIADA tekanan berdepan Kedah." Itu tegas pemain tengah versatil The Red Warriors (TRW), Brendan Gan menjelang pertemuan menentang skuad Lang Merah pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam esok.
Sebaliknya, Brendan menganggap TRW jauh lebih berpengalaman berbanding Kedah mengharungi fasa saingan lapan pasukan terbaik untuk memburu salah slot ke separuh akhir.
“Tiada tekanan, bola sepak adalah bola sepak dan kadang-kala kami perlu menikmatinya. Kami tidak boleh terlalu gementar atau pun tertekan sepanjang masa kerana ini baharu suku akhir pertama.

“Yang pasti, Kelantan akan bermain mati-matian untuk memenangi perlawanan ini. Lebih penting lagi, kami akan berusaha mendapatkan seberapa banyak gol,” katanya, semalam.
Pemain berusia 26 tahun itu yang menyertai Kelantan, April lalu optimis TRW berupaya mengecewakan hasrat anak buah Tan Cheng Hoe untuk mencipta kejutan di gelanggang keramat mereka.
“Kami sudah melihat bagaimana corak permainan mereka. Saya selalu menanamkan tekad setiap kali diberi peluang turun beraksi untuk Kelantan, saya mahu bantu TRW mencapai kemenangan,” katanya.

Dia turut melihat kesungguhan dipamerkan rakan sepasukannya dalam latihan antara faktor yang boleh membantu skuad kendalian George Boateng mengukir kemenangan aksi suku akhir pertama itu.-sumber
0 Komentar untuk "TRW tiada tekanan"