malaynews1. Powered by Blogger.

2 Pelajar Maut Di Tangan Pemandu Mengantuk dan Tidak Memiliki Lesen Memandu

SETIU 10 Mei - Dua pelajar maut, seorang lagi parah setelah motosikal yang ditunggangi dalam perjalanan ke sekolah dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda di kampung Telaga Papan dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Penarik itu, Fakira Dalili Che Mohamad, 19, bersama sepupunya, Dayana Raja Ahmad, 15, yang membonceng, cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Ketika kejadian, dua lagi motosikal berada di hadapan mereka turut menjadi mangsa, menyebabkan seorang pelajar mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Setiu manakala dua orang menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman turut menziarahi mangsa-mangsa di Hospital Setiu pagi ini.

Sementara itu, sumber polis memberitahu, pacuan empat roda dari arah bertentangan dipercayai terbabas setelah pemuda berusia 20 tahun yang dikatakan bekerja di sebuah bengkel kereta, memandu dalam keadaan mengantuk.

Pemandu berkenaan yang tidak mempunyai lesen memandu dikatakan memandu kenderaan milik syarikat majikan tanpa cukai jalan.

Sumber - UTUSAN ONLINE


View the original article here

0 Komentar untuk "2 Pelajar Maut Di Tangan Pemandu Mengantuk dan Tidak Memiliki Lesen Memandu"
Back To Top