malaynews1. Powered by Blogger.

“Makcik Saya Dah Terlanjur, la Ni Dah Mengandung 7 Bulan, Nak Buat Lagu Mana?”

 

Sapa yang telefon saya, belum jumpa akan kata “mak cik, jangan marah saya.”

“Mana ada saya marah, suara saya memang macam ni.Belum kenal, belum cinta”

“Takut saya, saya cuma nak minta pendapat saja, saya dah terlanjur dengan pasangan saya, la ni dia mengandung 7 bulan, nak buat lagu mana sekarang ni?”

“Nyanyi la lagu keroncong untuk ibu, bila ibu dengar pasti dia menangis.”

“Saya nak tanggungjawap, tapi dalam masa yang sama saya tak nak malukan seluruh keluarga saya dan keluarga pasangan. Saya dah sedar, apa yang saya lakukan selama ni salah, berdosa. Apa patut saya buat sekarang?”

“Pertama : bertaubat, minta ampun dengan Allah atas segala kesilapan dan kesalahan kamu dan pasangan selama ini.”

“Kedua : minta maaf dengan ibu ayah kamu kerana telah mengaibkan mereka, mencemar maruah mereka, minta maaf pada ibu ayah pasangan kerana telah menebuk buah tanpa izin.”

“Ketiga, awak kena terima jika keluarga pasangan memaafkan tetapi tak ingin kamu jadi menantu mereka. Awak juga wajar membayar ganti rugi sejumlah nilai yang mereka minta untuk tanggung kos biaya selama anak mereka mengandung dan melahirkan anak.

Tetapi awak mesti ingat awak tidak ada hak barang sebesar hama ke atas anak itu walaupun awak yang menyumbangkan sperma ke dalam rahimnya. Kalau awak sedar ini kesalahan awak dan awak bertanggungjawap , cukuplah lakukan perkara ini.”

“Bertanggungjawap tidak semestinya awak boleh menikahinya secara percuma dengan maskahwin yang rendah.”

Tiba tiba talian putus… ‪

#‎lelaki‬ yang sedar salahnya dan sedia bertanggungjawap adalah lelaki mulia dan yang dayus cuma pandai buat dan menghilangkan diri.

Dalam suara saya yang garang itupun saya kena main dan kena tipu juga.


0 Komentar untuk "“Makcik Saya Dah Terlanjur, la Ni Dah Mengandung 7 Bulan, Nak Buat Lagu Mana?” "
Back To Top