malaynews1. Powered by Blogger.

Hukum menyiarkan gambar wanita seksi

 

Mengambil gambar orang lain yang tidak menutup aurat dan menyiarkan gambar tersebut di facebook adalah berdosa dan haram. Aib seorang muslim wajib ditutup dan tidak dibenarkan mendedahkannya. Selagi orang ramai memandangnya, dimuat turunkan gambar tersebut maka orang yang menyiarkan akan mendapat dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)

Gambar yang tidak menutup aurat adalah aib seorang muslimah, orang lain tidak boleh mendedahkannya termasuk individu tersebut juga haram mendedahkan gambarnya sendiri semasa belum menutup aurat. Allah SWT murka apabila Dia telah menutup aib hamba-Nya tiba-tiba ada orang lain mededahkan aibnya kepada orang ramai.

Oleh itu barang sesiapa ada menyiarkan gambar-gambar seperti itu, hendaklah dia bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka dan hendaklah dia memadamkan dengan segera segala aib orang yang telah dia siarkan. Semoga Allah SWT mengampuni segala perbuatannya itu.

Wallahu a`alam..



0 Komentar untuk "Hukum menyiarkan gambar wanita seksi "
Back To Top