malaynews1. Powered by Blogger.

6 FOTO wajah sebenar Nor Edura Diyana, bakal isteri Zizan Razak akhirnya didedahkan?

Memerhatikan maklum balas peminat dunia hiburan setiap kali kami keluarkan kisah tentang Zizan Razak, ramai antara anda yang merasa sudah muak dengan perkembangan pelawak ini namun masih ada antara anda yang peduli. Jadi, kami tulis lagi.

Selepas mengumumkan yang beliau bakal berkahwin dengan gadis sekampung beberapa minggu lalu, Zizan Razak mula dihujani pertanyaan tentang siapakah gerangan gadis bertuah itu dan pastinya beliau memilih untuk lebih berahsia kali ini.

Laporan akhbar baru baru ini juga mengatakan yang Zizan Razak telah menghantar rombongan merisik ke kediaman gadis tersebut ketika pulang ke kampung baru baru ini serta menyebut nama gadis itu sebagai Nor Edura Diyana Hisham.

Baru baru ini kami menerima satu e-mail dari orang kampung Zizan Razak mendakwa beliau kenal gadis tersebut dan berbesar hati untuk kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan peminat yang ingin tahu. Gadis berusia 24 tahun itu dikhabarkan masih menuntut di sebuah universiti tempatan di Terengganu dalam bidang perakaunan.

Penghantar itu juga ada memaklumkan yang pelakon filem Polis EVO itu memang ada datang bersama keluarganay ke rumah gadis tersebut namun tidak pasti apa tujuan sebenar sama ada kunjungan biasa atau pun merisik.

Sumber : Rotikaya


View the original article here

0 Komentar untuk "6 FOTO wajah sebenar Nor Edura Diyana, bakal isteri Zizan Razak akhirnya didedahkan?"
Back To Top