Setelah dikecam hebat oleh pengguna media sosial, Yeng Nasir yang mencetuskan kebimbangan orang ramai awal pagi tadi di media sosial telah mengaktifkan kembali akaun Instagramnya.
Difahamkan, ekoran dari kekecohan awal pagi tadi yang menunjukkan Yeng Nasir menerbangkan Drone bagi merakam gambar pesawat mendarat di kawasan larangan KLIA, dia telah ditahan oleh pihak polis. Bagaimanapun telah dibebaskan setelah disoal siasat.
"Baru balik dari ibu pejabat bukit aman, alhamdulillah dapat job untuk bekerjasama dengan pihak KLIA dan KLIA 2 untuk buat video promosi. Alhamdulilah," katanya di laman Instagram disertakan dengan gambar Dataran Putrajaya yang dirakam menggunakan Drone.
Apa yang mencetuskan persoalan orang ramai, benarkah akaun itu milik Yeng Nasir? Atau akaun palsu semata-mata bagi mengelirukan orang ramai?
Tindakan pemilik akaun berkenaan memuat naik gambar Dataran Putrajaya itu juga dilihat cuba menyindir dan mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya.
"Setahu saya, adalah dilarang untuk menerbangkan sebarang objek di kawasan Dataran Putrajaya, lebih-lebih lagi jika ia berhampiran dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri," dedah sumber.
Dua gambar Dataran Putrajaya yang dimuat naik oleh Yeng Nasir itu di laman Instagram sehingga kini masih menerima komen-komen yang rata-ratanya memarahinya di atas tindakan yang menjejaskan persepsi orang awam terhadap penggemar hobi Drone.
sumber
0 Komentar untuk "YENG NASIR DIBEBASKAN & DAKWA DIBERI TAWARAN KERJA UNTUK PROMOSI KLIA & KLIA 2?"