malaynews1. Powered by Blogger.

Sempat Lari Walau Kaki Di Tembak

Sempat Lari Walau Kaki Di Tembak | Walaupun kakinya cedera ditembak, seorang penyamun masih mampu melarikan diri sambil menjinjing beg berisi wang tunai RM500,000 dalam kejadian samun di depan sebuah bank, semalam.

Sempat Lari Walau Kaki Di Tembak

Dalam kejadian jam 11 pagi, suspek yang cedera akibat ditembak pengawal keselamatan berlari ke arah rakannya yang menunggu dengan motosikal di seberang jalan 100 meter dari tempat kejadian sebelum mereka melarikan diri.
Sebelum itu, tiga pengawal dari syarikat keselamatan tiba di bank terbabit dan mengambil wang kutipan harian yang dibawa dalam dua beg masing-masing berisi RM500,000 dan RM300,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri Datuk Mazlan Kesah berkata, ketika tiga pengawal itu menuju ke arah van syarikat keselamatan terbabit, dua suspek menunggang motosikal muncul sebelum seorang daripadanya turun dari kenderaan itu dan menghampiri serta mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan yang membawa dua beg berkenaan.



Sempat Lari Walau Kaki Di Tembak

“Suspek menendang mangsa dan merampas dua beg berisi wang tunai terbabit sebelum melarikan diri. Namun, pengawal keselamatan berkenaan melepaskan beberapa das tembakan termasuk satu tembakan terkena kaki suspek.

“Dalam keadaan kelam-kabut, rakan suspek yang menunggang motosikal melarikan diri dan menunggu di seberang jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/
34747#sthash.RjyNbpcQ.dpuf

View the original article here

Tag : Sempat, Tembak, Walau
0 Komentar untuk "Sempat Lari Walau Kaki Di Tembak"
Back To Top