malaynews1. Powered by Blogger.

Sebab sebenar AC Mizal & Hans Isaac bermasam muka didedahkan

Pelakon Hans Isaac dan Dato’ Ac Mizal sebulat suara dan berkeputusan mengambil pendekatan yang positif dengan mengembalikan semula hubungan persahabatan yang keruh sebelum ini.

Masing-masing berpendapat tiada guna untuk bermasam muka kerana umur mereka bukan lagi remaja dan perlu berfikiran seperti lelaki dewasa.

Perbalahan mula tercetus ketika pementasan Teater Muzikal Cuci The Mucial sekitar tahun 2009 di mana terdapat wujud salah faham antara mereka berdua berkaitan dengan soal kontrak dan komitmen kerja.

“Ya saya akui saya ada terkasar bahasa kepada Ac Mizal sebelum ini, tetapi itu dulu, prinsip saya mudah,saya akan terus berbuat baik kepada orang yang saya pernah kecilkan hatinya,” ujar Hans Isaac.

Dalam pada itu, Ac Mizal merasakan amat tidak wajar untuk mereka untuk terus bermasam muka ditambah lagi industri hiburan kita adalah sangat kecil dan saling memerlukan antara satu sama lain.

“Sepanjang kami tidak bertegur sapa, saya hanya biarkan sahaja dan tidak pernah terlintas untuk menyelesaikan isu ini dengan Hans.

“Tetapi Hans adalah seorang lelaki yang budiman dan keikhlasannya untuk mengekalkan persahabatan yang telah terputus, wajar diberi pujian kerana saya ini agak keras hati sedikit,”
kata AC Mizal.


Hans dan Ac ditemui media di Majlis Pengenalan Teater Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada April depan, platform terbaik untuk mereka merapatkan lagi hubungan.

“Filem Baik Punya Cilok kini dah berusia 10 tahun, ini adalah hadiah buat kami berempat termasuk Awie dan Afdlin, peranan mereka juga besar dalam memperbaiki hubungan kami berdua.

“Ia bermula di mesej grup whatsapp antara kami berempat, di situ bermulanya sesi maaf-maafan, sokongan Afdlin dan Awie telah mengembalikan keakraban kami berempat, saya nak ucap terima kasih kepada mereka,”
kata Hans dengan nada yang ceria.

AC juga amat gembira dan bersyukur dengan pendamaian ini malah menerusi Whatsaap itu juga pada mulanya ingin lebih fokus membincangkan hal kerja tetapi lebih kepada berborak dan menyakat antara satu sama lain.

“Yang paling lucu dalam grup whatsapp kami ialah Hans tidak pandai mengunakan ‘Voice Note’ untuk menghantar mesej, jadi kami mengajarnya bagaimana untuk mengunakan kemudahan itu, saya harap hubungan kami utuh sampai bila-bila,” seloroh AC dengan gembira.

Sumber : Murai Batu


View the original article here

0 Komentar untuk "Sebab sebenar AC Mizal & Hans Isaac bermasam muka didedahkan"
Back To Top