malaynews1. Powered by Blogger.

Saintis Beri Penjelasan Isu #TheDress

Saintis Beri Penjelasan Isu #TheDress | Nampaknya jangkitan virus mengambil masa untuk pulih, begitu juga 'penyakit' perbalahan dan meneka warna gambar baju #TheDress yang masih lagi viral di media sosial.

Saintis Beri Penjelasan Isu #TheDress

Kisah #TheDress, warna baju yang viral di media sosial dengan hashtag The Dress terus trending sehingga hari ketiga.

Seorang ahli fizik akhirnya tampil memberikan penjelasan, Dr. Paul Coxon yang ditanya mengenai kenapa setengah orang melihat ia sebagai warna biru hitam manakala ada juga nampak putih emas.

Saintis Beri Penjelasan Isu #TheDress

Dalam nada menyindir, Coxon menerusi akaun Twitter-nya menyatakan ini mungkin pertama kali seorang ahli fizik diperlukan untuk memberi pandangannya dalam bidang fesyen.

Di laman web Mashable, lima orang memberi pandangan mereka mengikut kepakaran masing-masing, kenapa ada yang melihat baju itu dengan warna yang berbeza?

Seorang saintis neuro, Bevil Conway menyatakan apa yang berlaku ialah sistem penglihatan seseorang tidak menitik berat pada warna tertentu.

Saintis Beri Penjelasan Isu #TheDress

Saintis penglihatan, Bart Anderson dari Universiti Sydney menyatakan seseorang mungkin mempunyai anggaran yang berbeza dalam keseimbangan warna.

Manakala seorang lagi saintis penglihatan menyatakan perbezaan terjadi kerana gambar pada pakaian itu diterangi.

Apapun, penjelasan oleh penyunting gambar dan pakar grafik lebih mudah untuk difahami.

Menurut seorang penyunting gambar, kecerahan pada foto baju ini terlampau tinggi.

Tweet yang popular adalah daripada artis reka letak 3D Disney Animation, Tyler Kupferer.

Baginya, otak menggunakan objek yang biasa dilihat untuk menentukan ruang warna namun foto yang dikongsi itu tidak mempunyainya.

Jelasnya lagi, dalam gambar itu tiada manusia, kad penentukuran warna atau objek yang biasa dilihat dalam gambar itu, menyebabkan kita tidak mempunyai cara untuk mengetahui cahaya yang membayangi objek itu.

Topik #TheDress di media sosial menjadi medan perbalahan orang ramai termasuk para selebriti seperti Taylor Swift dan Kim Kardashian.

Saintis Beri Penjelasan Isu #TheDress

Ada pihak yang dapat melihat warna sebenar baju itu manakala ada yang berkata baju itu berwarna putih dan emas.

Undian di laman web Astro Awani turut mendapati majoriti pembaca berpendapat ia berwarna putih dan emas.

Gambar itu dikatakan dimuatnaik oleh seorang pengguna Tumblr, Caitlin McNeill, seorang penyanyi berumur 21 tahun, yang keliru dengan warna baju tersebut.

sumber
http://www.astroawani.com/kini-trending/ahli-sains-pula-memberi-penjelasan-mengenai-fenomena-thedress-54790

View the original article here

0 Komentar untuk "Saintis Beri Penjelasan Isu #TheDress"
Back To Top