malaynews1. Powered by Blogger.

RM14,000 Sebulan Tentukan Jantina Anak Ayam

RM14,000 Sebulan Tentukan Jantina Anak Ayam | Biarpun ditawar gaji RM 14,000 sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.


RM14,000 Sebulan Tentukan Jantina Anak Ayam

Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.


Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.


Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.
Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.


Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.


"Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.


'Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ' katanya dipetik Metro.uk


sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/gaji-rm14-000-untuk-beza-jantina-anak-ayam-1.365308

View the original article here

0 Komentar untuk "RM14,000 Sebulan Tentukan Jantina Anak Ayam"
Back To Top