Kisah Sebenar Punca Pinangan Lelaki Ini Di Tolak
#Viral dimedia sosial kisah pinangan seorang lelaki yang ditolak walaupun pernah berjanji untuk hidup bersamahingga keakhir hayat bersama kekasihnya menjadi viral....sang jejaka yang telah menunaikan janjinya sewaktu berkasih dulu tenang menerima Qada dan Qadar keatas dirinya selain mendoakan kebahagiaan kekasihnya itu...ikuti luahan/penjelasan sebenar dari lelaki tersebut....-Pok Chek
Berkenalan sewaktu praktikal bersama. Dari situ gua jatuh hati dengan perwatakan dan gaya dia. Org kata rupa tu bonuslahh. Gua ni kalau suka kat org susah nk gentleman p bgtau sndiri. Biar jelah minat diam2 dalam hati je then last2 melepas. Begitulah yg selalu terjadi.
Tapi kali ini terasa lain bagaikan ada sesuatu yang telah mendekatkan kami. Yeah, kenal dari mata then turun kehati. Buatkan hati gua ni berbunga2. Setelah lama berkawan gua makin sayangkan dia, susah nak cari org perempuan macam dia, sopan santun,keturunan yang baik, perwatakan yang lembut, senang terima teguran, sntiasa berubah kearah kebaikan dan yang paling penting selalu kejutkan gua solat subuh, x pernah miss. Situ la gua paling respect kat dia. Kadang2 gua yang tido kejap je sebab nak brtanding kejut awal subuh. Kami x declare pon as a couple just berkawan dengan niat ke arah perhubungan halal dan sentiasa menasihati antara satu sama lain kearah kebaikan.
Bila dah lama kenal gua jadi makin sayang, sentiasa ingin ada disisi dia dan menjaga dia. Niat gua ni ikhlas kerana Allah bukan nafsu semata-mata. Gua ingin menjaga dia dan family dia. Dari situlah gua suarakan niat untuk meminang dia dalam masa terdekat. Di hari birthday dia gua buat suprise dengan call family dia untuk menghantar rombongan meminang.
Tapi niat itu diminta tangguh untuk bagi laluan kepada dia bekerja dulu dan dapat merasa duit sendiri untuk family. Terus gua mnjadi hampa dan tanpa disedari gua dingin dengan dia walhal dia tatau apepon tentang niat gua tu. Dia layan gua elok je tapi gua acuh x acuh dengan dia almaklumlah tengah sentapkan.haha. Tu la satu lagi sikap dia yang buat gua tersentuh. Semua yang gua buat salah hanya disimpan dalam hati dia.
Entah cmne satu hari tu gua tanpa berfikir panjang p unfriend fb dengan dia, niat nak bergurau2 je macam selalu tapi x berhasil. Dia marah gua kaw2. Masa tulah meletop semua masalah. Rupanya baru gua sedar yang dalam sayang gua juga sering memakan hati dia, buat dia sentap dengan gua. Banyak lah salah yang gua buat. Tapi dia diam je. Kali ni baru meletop.
Hari demi hari dia merajuk dengan gua, dia marah sangat dengan gua. Masing2 ego masa tu semua tanak mengaku salah. Dia cakap macamtu, gua cakap macam ni. So tade solution la. Lastly, dia cakap dia dah tawar hati degan gua n tamau ada komitmen dengan mana2 laki dah, tamau pikir soal tunang, kawin, just nak jaga family dia. Gua dengar jela ape dia cakap. Biasalah perempuan kalau tengah marah kan. Gua biarkan jelah dia, bagi dia masa. Mungkin masa boleh merubah dia menjadi reda. Dalam masa tu gua ada la antar mesej pujuk tapi dia plak layan gua dingin. Baru padan muka gua.
Rupanya masa telah merubah segalanya, dia dah tamau gua pujuk dia lagi dan dia tamau gua dah. Gua sabar jelah dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Gua yakin Allah tolong gua lembutkan hati dia. Hari berlalu hari dan tiada khabar berita, gua umpama zombie p keje dgn hati yg x tenteram.
Nak dijadikan klimaks, pada suatu hari tengah gua sibuk bekerja fon buruk gua yang selalu hang ni masuk whatsapp.
Perghhhh, pedih nya hanya tuhan yg tahu bila gua telan ayat2 yg disampaikan tu. “Salam, org nk mnta maaf. Dah ada orang mai merisik orang dan orang dah terima, x lama lagi kami nak bertunang.” Allahu, gua jadi kelu, ketar, dan terkontang kanting. Apa harus gua lakukan? Tidak terjawabkah doa gua selama ini? Gua tabahkan hati, gua anggap itu omong kosong aja skadar nak mnyakat gua. Gua istigfar, gua ingat tuhan. Gua percaya stiap perancangannya. Gua tabah, macam tiada apa berlaku dan gua tak menangis okey!
Balik dari kerja lantas gua memulakan risikan. Bertanya kepada kawan rapatnya. Ya, ternyata berita itu benar. Hampa lah gua skali lagi dan luluhnya hati ini bagai dihiris sembilu bisa. Dimana janji2 dulu yang ingin hidup semati, berkahwin, berkongsi apa yg ada didunia untuk memperoleh akhirat? Dimana kenangan2 kita dulu dan perasaan kasih menghilang? Bagaikan dibadai ombak, sekelip mata nikmat dunia itu hilang begitu saja.
Bila dah tiada baru terkenang, begitulah hari2 yang mendatang setiap masa teringatkan dia. Semua yang gua buat serba tidak kena.
Makan x lalu, tidur x lena tapi mandi basah aje..... Gua cuba mencari ikhtiar, gua solat taubat, solat hajat, solat istikharah. Lalu terdetik lah dihati gua untuk pergi ke rumah dia untuk bersua muka. Gua buat preparation dgn p beli cincin, ngam2 ada cincin yang gua berkenan dan size tepat dgn jari gua yang halus mulus ni, agak2 padan la kot dgn dia. Oleh kerana hati tak tenteram, gua pon minta cuti rehat keesokkannya. Ramai yang mngatakan tak elok gua pergi berseorangan seperti tiada adab. Tapi apakan daya, gua pergi dgn membawa niat yang suci, gua yakin Allah permudahkan urusan gua. Diterima atau tidak ditolak tepi.
Lalu berlalulah gua menerjah highway dengan ditemani lagu2 jiwang di corong radio. Sesampai di bandar pasola itu gua hilang arah tuju dan sesat hampir 1 jam. Alhamdulillah Allah tnjuk jalan, tengah2 sesat tu terlalu lah jalan yang betul. Sesampai dirumahnya lega kerana pintu terbuka luas. Sampai dipintu rumah kaku gua bila ade ramai orang dalam tu. Rupanya rombongan dari pihak lelaki tu. Sesudah gua berikan salam lalu bangunlah mereka meninggalkan gua menandakan majlis sudah abis. Sempat gua salaman dengan mereka. Gua dah boleh agak ape yg terjadi. Gua tenang.
Gua salam dengan ayahnya dan duduk disofa smbil memerhatikan suasana sekeliling. Gua lihat dia bersalaman dengan ibu lelaki itu sambil mengangguk anguk menerima. Gua bayangkan indahnya jika itu ibu gua. Allahuakhbar, lalu gua suarakan niat gua datang hari ni. Gua datang untuk kata putus, gua nak tau ape sebenarnya yang berlaku. Bukan niat gua datag untuk buat huru hara untuk sakitkan hati mana2 pihak. Ibu ayahnya faham.
Lalu gua mulakan bicara dengan bertanya perihal lelaki tersebut, kenapa boleh terima dia sedangkan tidak gua? Ape yang gua sakitkan hati dia sanagt sampai semua ni berlaku? Gua lihat dia menjawab dengan tenang dan penuh tutur bicara. Gua tanyakan semua soalan yang bemain di fikiran gua dan dari jawapannya gua tau yang dia betul2 terima lelaki tu dengan ikhlas.
Setelah semuanya jelas gua pon mulakan bicara ini. Bismillah, bicara ini kerana Allah. semenjak kita kenal saya dah pasang niat untuk jadikan awak isteri saya. Saya ingin sentiasa berkongsi suka dan duka dengan awak, sentiasa menjaga awak, sentiasa ada disisi awak, menjaga makan minum awak, mengharungi liku2 hidup dan tua bersama awak. Setelah ape yang saya janjikan dulu untuk jadikan awak isteri saya dan bahagia ke akhir hayat. Hari ini saya datang untuk tunaikan janji2 saya. Saya datang membawa sebentuk cincin. Jika awak setuju sarunglah cincin ini, jika tidak. Saya redha.
Gugup gua menunggu keputusan darinya. Ternyata jawapannya TIDAK, lalu gua redha. Gua tutup cincin tu dan simpan kembali dalam poket. Alhamdulillah, gua dah tunaikan janji gua dan gua dah dapat jawapannya. Tiada apa lagi yg gua mahukan, hanyalah kemaafan atas segala khilaf gua sepanjang perkenalan kami. Gua dan dia dah kosong2, tiada apa yg perlu didendamkan antara kami mahupun keluarga kerana kami masih lagi berkawan.
Akhir sekali, gua smpaikan pesanan gua yg terakhir agar dia sentiasa menjaga aurat, bekerja kerana Allah, jaga makan minum dan jangan lambatkan solat walaupun sibuk bekerja. Gua sampaikan pesan jua pada lelaki tu supaya menjaga dia dengan baik, cepat2 kahwin dan biarlah rezeki yang diperolehi tu berkat untuk mereka nanti.
Akhir perbualan gua, gua salami mereka dan berlalu pergi dengan hati yang tenang.
Nukilan ini khas utk penjelasan sebenar kepada pembaca2 memandangkan pos gua telah mnjadi viral. Tujuanya supaya tiada yg tersalah sangka. Dalam hal ini tiada siapa pon yang salah. Hanya takdir Tuhan yg menentukan segala-galanya. Dialah sebaik-sebaik perancang dan jika jodoh gua dengannya Allah akan dekatkan kami tapi jika dia bukan jodoh gua Allah akan tenangkan jiwa gua dgn ketentuannya. Gua dah pon kosong2 dgn dia. gua tamaulah ada komen2 yg menyakitkan hati dia, mengata dia perempuan sebegitu sebegini. Jujur dihati gua, dialah perempuan yg terbaik pernah gua jmpa, rugi rasanya gua ni. Tapi tak mengapa, mungkin tiada jodoh kami didunia, mungkin dia menjadi permaisuri gua di syurga nanti.
Percayalah, Allah itu sebaik2 perancang. Dia tenteram kan hati gua dengan ketentuanNya. Dia tau isi hati dan jodoh gua. Kalau dia jodoh gua pon, perit sekali diuji ketemu jua kami nanti. Ingatlah, hanya Allah yg mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi. Dialah yg memiliki alam semesta ini, kita hanyalah khalifah yg menjalankan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Amalkan niat melakukan sesuatu benda kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan.
Allahuakhbar!
sumber
http://fbaans.blogspot.com/2015/03/kisah-sebenar-pinangan-lelaki-ini.html
0 Komentar untuk "Kisah Sebenar Punca Pinangan Lelaki Ini Di Tolak"