malaynews1. Powered by Blogger.

Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek






















LONDON – Ketika Britain bersiap sedia menganjurkan buat julung kali Fiesta Zakar Kecil Antarabangsa pada
7 Mac di Whitecaphel dekat sini, penganjur acara itu menerima berita amat memeranjatkan mereka sendiri,
lapor akhbar pada Rabu.

Kajian terbaharu saintis urologi negara itu mendapati, panjang penis lelaki di seluruh dunia pada masa kini
secara purata ialah 13.12 sentimeter ketika ereksi dan jika tiada rangsangan nafsu, batang zakar hanya
berukuran 9.16 sentimeter.

Penemuan agak mengejutkan itu sekali gus mendedahkan panjang penis lelaki moden baligh dewasa lebih
pendek berbanding generasi bapa mereka iaitu 22 sentimeter ketika puncak ereksi dan hanya 10 sentimeter
 apabila keadaan biasa.

Pasukan penyelidik itu mengumpul ukuran panjang penis melibatkan 15,000 orang dari seluruh dunia berusia
 antara 17 sehingga 91 tahun serta hasil kajian diterbitkan dalam makalah terkini, BJU International
Journal of Urology.

Penelitian saintis menunjukkan, tidak ada hubung kaitan antara bangsa dan ukuran zakar selain kajian mendapati,
 tiada bukti saintifik yang menjelaskan kepercayaan mitos masyarakat kononnya ukuran kaki adalah ukuran penis.

Saintis berharap, data terkini itu dapat membantu ‘meringankan’ masalah kaum Adam yang berasa amat bimbang
memiliki batang zakar pendek sehingga terpaksa mengadakan pesta penis kecil sedunia khusus untuk
golongan lelaki tersebut.

Fiesta kali pertama itu diilhamkan Ant Smith yang kemudian membentuk kumpulan dikenali sebagai
Small Penis User Group sejak 2014 bagi lelaki yang berasa rendah diri kerana batang kemaluan mereka
kecil hanya sepanjang kurang 10 sentimeter.

Pada 2014 lalu, sekumpulan saintis antarabangsa turut menjalankan pengukuran zakar mengikut negara
dan hasilnya batang lelaki Korea adalah paling pendek di dunia iaitu 9.7 sentimeter manakala Congo
terpanjang iaitu 18 sentimeter.

Secara purata panjang alat kemaluan lelaki di dunia pada tahun lepas ialah 15 sentimeter dengan batang
zakar golongan itu di negara-negara benua Afrika dianggap amat panjang sementara lelaki Asia adalah
pendek berbanding Eropah.


View the original article here

0 Komentar untuk "Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek"
Back To Top