malaynews1. Powered by Blogger.

Jarang Balik, Ajak Shiro Nafi Lupa Kampung Halaman

Jarang Balik, Ajak Shiro Nafi Lupa Kampung Halaman | Ajak Shiro akui jarang pulang ke kampung halamannya di Johor sejak akhir-akhir ini berikutan kerjaya seninya semakin padat dengan pelbagai aktiviti.

Jarang Balik, Ajak Shiro Nafi Lupa Kampung Halaman

Kata Ajak Shiro, itu tidak bererti dia langsung tidak pulang untuk menjenguk keluarganya kerana akan memastikan dia menghabiskan masa bersama mereka jika mempunyai masa terluang.

"Saya mengaku saya jarang pulang ke kampung tetapi itu bukan bererti saya langsung tidak pulang untuk melawat keluarga saya dan bersikap lupa diri.

"Sekiranya saya tidak dapat pulang saya akan hubungi ibu dan ayah selain keluarga yang lain untuk bertanya khabar mereka," katanya kepada media pada Ahad.

Ajak berkata demikian sebagai mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mendakwa saudara terdekat pelawak itu kononnya berkecil hati dengan sikapnya yang kini jarang meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman.

Dalam pada itu, Ajak berkata, dia kurang pasti siapakah 'saudara' terdekatnya yang membuat dakwaan itu kerana apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar.

Malah Ajak turut menyangkal dakwaan kononnya dia dan keluarganya lebih selesa menginap di hotel berbanding rumah ibu bapanya sekiranya mereka pulang ke kampung.

"Saya lebih selesa tidur atas bantal busuk saya di rumah ibu daripada hendak tidur di hotel.

"Apa yang didakwa mengenai diri saya itu langsung tidak benar dan saya sendiri kurang pasti 'saudara' mana yang tidak berkecil hati," ujarnya.

Bagaimanapun kata Ajak, dia mengambil gosip berkenaan sebagai satu pengajaran dan peringatan kepada dirinya sendiri pada masa hadapan.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/03/02/ajak-shiro/

View the original article here

0 Komentar untuk "Jarang Balik, Ajak Shiro Nafi Lupa Kampung Halaman"
Back To Top