malaynews1. Powered by Blogger.

Fitnah Bekas Pemandu, Zahida Rafik Diarah Bayar RM150,000

Fitnah Bekas Pemandu, Zahida Rafik Diarah Bayar RM150,000  | Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memerintahkan pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas pemandunya setelah didapati besalah memfitnah beliau.

Fitnah Bekas Pemandu, Zahida Rafik Diarah Bayar RM150,000
Noor Azman- Bekas pemandu Zahida Rafik
Hakim Hue Siew Kheng dalam hujahnya menyatakan, Zahida dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu menuduh kononnya Noor Azman Azemi melarikan wangnya sebanyak RM200,000 adalah fitnah.

Beliau menambah, beberapa bukti yang dikemukakan oleh pihak Zahida dalam mahkamah terhadap tuduhan itu adalah tidak boleh dipercayai.

Sehubungan itu Noor Azman layak menerima RM150,000 sebagai ganti rugi manakala RM40,000 pula sebagai kos.

Hue Siew Kheng turut menolak tuntutan balas Zahida untuk mendapatkan semula RM200,000 yang didakwanya diambil oleh bekas pemandu itu.

Beliau turut menolak permohonan peguam Zahida iaitu Sarah Abishegam untuk menggantung pelaksanaan perintah itu.

Noor Azman telah memfailkan saman terhadap Zahida pada 27 November  2013, berhubung satu artikel bertajuk "Zahida Rafik Terkedu", di mana pelakon itu menuduhnya melarikan RM200,000 selepas dia diarahkan untuk memasukkan wang berkenaan dalam akaun banknya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Noor Azman berkata beliau telah ditahan oleh polis selama empat hari selepas Zahida membuat laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, akibat perkara itu dia kehilangan kerjanya sebagai pemandu dan bekerja sebagai pemandu teksi.

Pada Mei 2012, Zahida telah mengadakan satu sidang media bagi menafikan tuduhan yang dibuat Noor Azman berhubung hubungannya dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam sidang media itu Zahida menegaskan dia tidak pernah mengenali menteri berkenaan.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/26/zahida-rafik-gagal/

View the original article here

0 Komentar untuk "Fitnah Bekas Pemandu, Zahida Rafik Diarah Bayar RM150,000"
Back To Top