malaynews1. Powered by Blogger.

Disebalik Kisah Isteri Yang Tidak Bekerja Hanya Mengharapkan Pendapatan Suami

Sebuah kisah yang perlu kaum adam fikirkan terutamanya yang bergelar suami janganlah disangka bahawa isteri tidak bekerja hanya suri rumah sepenuh masa tidak memberi manfaat kepada keluarga berikut petikan suami yang mengadu isterinya tidak bekerja kepada kaunselor

kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri saya yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Isteri buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting dan layak digelar PENGURUS RUMAHTANGGA dan Bukannya SURIRUMAH.

Lepas ni isi borg ank2 sekolah, perkerjaan ibu = PENGURUS RUMAHTANGGA...ingat ye wahai lelaki yg bakal bergelar suami...

View the original article here

0 Komentar untuk "Disebalik Kisah Isteri Yang Tidak Bekerja Hanya Mengharapkan Pendapatan Suami"
Back To Top