malaynews1. Powered by Blogger.

Che Ta Tenang & Seronok Selepas Berhijab

Che  Ta Tenang & Seronok Selepas Berhijab | "Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang. Yang pasti saya rasa sangat tenang dan seronok dengan perubahan ini,” kata pelakon Rozita Che Wan mengesahkan dirinya kini berhijab penuh sebaik pulang daripada menunaikan ibadah umrah, hari ini.

Che Ta Tenang & Seronok Selepas Berhijab

Tambah Che Ta lagi, keinginan untuk bertudung semakin memuncak sejurus dia dan suaminya, Zain Saidin tiba di Mekah, minggu lalu.

"Saya memang sudah lama tanam niat (untuk berhijab) cuma sebelum ini mungkin hati tak dibuka sepenuhnya lagi. Urusan berhijab bukan benda main-main dan perlu ambil serius setiap aspek. Persediaan diri kena diambil kira sebab saya seorang selebriti.

Che Ta Tenang & Seronok Selepas Berhijab

"Apabila saya sudah bersedia, saya cuba-cuba pakai pada sambutan hari lahir Zain ke-31, minggu lalu dan selepas itu kami menunaikan umrah. Sejak itu, saya semakin selesa dan yakin. “Alhamdulillah saya sangat bersyukur sebab diberikan hidayah ini,” katanya.

Rozita menarik perhatian ramai minggu lalu apabila mengenakan tudung penuh pada sambutan hari lahir Zain. Kejutan itu ternyata mendapat reaksi positif dan gembira daripada peminat.

Che Ta Tenang & Seronok Selepas Berhijab

Difahamkan, Rozita terdorong untuk berhijab atas doa dan hasrat Zain untuk melihat isterinya menutup aurat.

Rozita yang baru pulang ke tanah air sebentar tadi mengesahkan penghijrahannya menerusi sekeping gambarnya bertudung yang dimuat naik pada akaun Instagram pengurusnya, Afeeq Abdul Wahab.

Che Ta Tenang & Seronok Selepas Berhijab

10 Gambar Che Ta & Zain Saidin Ketika Umrah Di Mekah

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/34946#sthash.27ZJebe6.dpuf

View the original article here

0 Komentar untuk "Che Ta Tenang & Seronok Selepas Berhijab"
Back To Top