malaynews1. Powered by Blogger.

Bapa didakwa rogol anak sendiri dua kali sahaja





KOTA BHARU - Seorang bapa mengaku tidak salah atas dua tuduhan merogol anak kandungnya ketika dihada#pkan ke mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh yang berusia 42 tahun, didakwa merogol anak gadisnya yang kini berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Panji, Pengkalan Chepa, di sini.

Kejadian pertama didakwa be#rlaku pada satu malam, awal tahun 2011 dan ketika itu mangsa berusia 13 tahun, manakala kejadian kedua pula berlaku pada jam 1 pagi, 8 Oktober tahun lalu, sewaktu mangsa berusia 16 tahun.


Kedua-dua dakwaan dibuat meng#ikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan boleh juga dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Susulan penafian tersebut, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan.

Kes tersebut ditetapkan 13 April dep#an untuk sebutan semula. Tertuduh tidak dibenarkan jamin oleh Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, seorang pemuda, Mohammad Izwan Jali, 23, mengaku tidak salah atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Jaya Setia, Badang, di si#ni, antara jam 3 dan 4 petang, 19 Februari lalu.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 April depan.


Sumber

View the original article here

0 Komentar untuk "Bapa didakwa rogol anak sendiri dua kali sahaja"
Back To Top