malaynews1. Powered by Blogger.

Ayda Jabat Bosan & Rimas Dengan Izzue Islam?

Ayda Jabat Bosan & Rimas Dengan Izzue Islam? | Sudahlah mereka berdua ni tinggal berjiran, diganggu pula dengan kehadiran Izzue setiap hari di rumah. Ayda bertambah rimas apabila keluarga diamemenangkan Izzue terutama ibunya. Izzue pernah cuba meminang Ayda tetapi ditolak pinangannya kerana Ayda cintakan orang lain.

Ayda Jabat Bosan & Rimas Dengan Izzue Islam?

Kejap...errr betul ke Izzue Islam cuba meminang Ayda, nak tambah satu lagi cawangan ke? berani ke? Hehehe... Mesti semua orang tertanya-tanya.

Tapi sebenarnya semua ni hanyalah lakonan bagi drama bersiri terbaharu ‘Suami Sebelah Rumah’ yang bakal disiarkan di slot Iris bermula 2 Mac di TV3.

‘Suami Sebelah Rumah’, terbitan JS Pictures, adalah hasil adaptasi karya novel Ana Sofia dan buat pertama kalinya menggandingkan Izzue Islam dan Ayda Jebat.  Turut sama berlakon drama yang diarahkan oleh Azman Hj. Yahya ini adalah Sheila Mambo, Nazrief Nazri, Ben Amir, Zulin Aziz, Sherry Alhadad dan Hanna Aqeela.

Ayda Jabat Bosan & Rimas Dengan Izzue Islam?

Ayda yang memegang watak Eryna terpaksa melamar Amar untuk menjadi suaminya apabila tunang, Azlan (lakonan Nazrief Nazri) meminta pertunangan mereka diputuskan pada hari pernikahan. Amar (Izzue Islam) yang ternyata mencintai Eryna sedari kecil menerima permintaannya dengan seikhlas hati.

Ayda Jabat Bosan & Rimas Dengan Izzue Islam?

Tanpa pengetahuan ibu bapa masing-masing, Eryna memaksa Amar untuk tinggal berasingan setelah mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Amar akur dengan kehendak Eryna yang masih belum bersedia untuk membuka pintu hati untuknya.  Amar tekad berusaha untuk memikat hati Eryna dan cara terbaik ialah dengan menjadi suami sebelah rumahnya!

Kehadiran Amar menceriakan Iman dan Anis, teman serumah Eryna. Eryna sedaya-upaya cuba merahsiakan kewujudan suaminya yang kini tinggal bersebelahan dengannya. Keadaan menjadi kalut apabila Anis jatuh hati dengan Amar. Walaupun Eryna pernah menyatakan yang dia tidak akan mahupun pernah suka atau jatuh cinta dengan Amar, kesungguhan Amar sedikit sebanyak berjaya mengetuk pintu hatinya meskipun dia cuba menafikan.

Ayda Jabat Bosan & Rimas Dengan Izzue Islam?

Bagaimana reaksi Eryna apabila suaminya menjadi rebutan rakan-rakan? Adakah Eryna masih lagi jual mahal dengan suami sebelah rumahnya itu? Saksikan gelagat mereka dalam drama 20 episod ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di TV3. Untuk siaran ulangan, layari www.tonton.com.my dan layari laman web www.tv3.com.my serta sosial media TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut.

sumber
http://extra.tonton.com.my/channel/tv3/ayda-jebat-rimas-dengan-izzue-islam/

View the original article here

0 Komentar untuk "Ayda Jabat Bosan & Rimas Dengan Izzue Islam?"
Back To Top