malaynews1. Powered by Blogger.

ZALIM !!! KATA-KATA PEMBUNUH NURSYUHADA SELEPAS MENGELAR ARWAH





Kata-Kata Terakhir Nursyuhada Johari Sebelum Dikelar Teman Lelaki | Seorang mahasiswi Universiti Teknologi  Mara (UiTM) Pulau Pinang telah disahkan meninggal dunia apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya......

Baca Selanjutnya Di SINI

Kejadian yang berlaku sekitar 11.55 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, mangsa yang dikenali Nursyuhada Johari meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar...

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa menyatakan kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan...

Sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti...

Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan...

Selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela­rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta...

Orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis..

Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan...

Pada masa yang sama, saksi kejadian mendengar suspek berkata tak mampus lagi ke? selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,..

Selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran...

Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta. Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap...

Dia kemudian melihat mangsa sambil bertanya dia belum mampus ke???Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu...


View the original article here

0 Komentar untuk "ZALIM !!! KATA-KATA PEMBUNUH NURSYUHADA SELEPAS MENGELAR ARWAH"
Back To Top