Semakan keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 secara online. Untuk makluman, keputusan permohonan BRIM 2015 boleh disemak menerusi beberapa kaedah antaranya adalah penerimaan surat lulus BR1M, talian hotline BRIM, email BRIM, baucar, semakan status permohonan br1m secara online dan menyemak keputusan BR1M di agensi pejabat LHDN yang berhampiran dengan kediaman anda. Untuk info, sukacitanya dimaklumkan bahawa semakan keputusan BR1M 2015 boleh disemak mulai 1 Januari 2015.
Borang Permohonan/ Kemaskini BR1M 4.0 Tahun 2015 OnlineSemakan Keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0
1. Penerimaan Surat Lulus BR1M 2015
Bagi pemohon yang layak, surat lulus BR1M 2015 akan diposkan ke alamat tetap kediaman anda mulai Januari 2015 secara berperingkat.
2. Talian Hotline dan Email BR1M 2015
Semakan keputusan BR1M turut boleh disemak menerusi talian Hotline dan emel BR1M 2015
Email BR1M: br1m@treasury.gov.my
Talian Hotline BR1M 4.0: 1-800-88-2716 bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.
3. Status Permohonan BR1M 2015 Online
Semakan status permohonan menerusi: https://ebr1m.hasil.gov.my/semakan
4. Direct Bank In Ke akaun Anda
Bagi yang layak, pembayaran BR1M 2015 akan dibayar terus menerusi akaun bank anda secara berperingkat.
5. Semakan di Pejabat LHDN
Semakan keputusan permohonan BR1M 2015 turut boleh disemak menerusi kaunter khidmat pelanggan BR1M di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran dengan kediaman anda.
Jadual Tarikh Pembayaran BR1M 4.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015Pendapatan Isi Rumah dibawah RM3,000: RM950
- Ansuran pertama: RM300 pada 15 Januari 2015
- Ansuran kedua: RM300 pada 28 Mei 2015
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
- Ansuran pertama: RM200 pada 15 Januari 2015
- Ansuran kedua: RM200 pada 28 Mei 2015
- Ansuran Ketiga:RM 350 pada 28 September 2015
- Pembayaran sekaligus: RM350 pada 15 Januari 2015
Punca Aduan Masalah Duit BR1M 2015 Belum Dapat Lagi Terjawap
Aduan pemohon yang mengalami masalah duit BR1M 2015 masih belum dapat lagi. Kepada anda yang layak untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia namun masih belum menerima duit BR1M, pembayaran menerusi akaun bank akan dikreditkan secara berperingkat mulai 12 Januari 2015 sehingga 31 Januari 2015. Perlu di ingatkan bahawa butiran nombor akaun bank anda mestilah tepat dan kemaskini maklumat peribadi telah dilakukan untuk mengelakkan pembayaran BR1M gagal diproses.
Bagi yang masih belum mengemukakan permohonan baharu atau kemaskini maklumat BR1M, anda boleh berbuat demikian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Januari 2015. Manakala pemohon yang baru sahaja mengemukakan permohonan BR1M 2015 selepas 1 Januari 2015 pembayaran pula akan dibuat mulai 12 Februari 2015.
0 Komentar untuk "Semakan Keputusan BR1M 2015 Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0"