Walaupun lebih 10 tahun berkhidmat bersama Jabatan Amal (Unit Amal Pas), namun pengalaman bertu#gas pada hari pengebumian jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kenangan paling berharga dan tidak akan dilupakan.
Nik Aziz Isa, 40, yang berasal dari Pasir Mas, antara yang hadir membantu Jumaat lalu, walaupun terpaksa berdepan lautan manusia di pekarangan kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu, begitu juga di tanah perkuburan.
“Ia pengalaman paling be#rmakna. Hari ini (semalam) walaupun tidak seramai Jumaat lalu, namun orang tidak pernah putus, datang dan pergi, dari seluruh pelosok negara di tanah perkuburan ini,” katanya.
“Ada yang datang selepas sub#uh lagi, solat di Masjid Pulau Melaka dan datang ke sini (kubur). Saya jangkakan keadaan bertambah sesak bila tiba musim cuti perayaan Tahun Baru Cina.
“Yang penting, Muslimin dan Muslimat mematuhi sunnah memasuki tanah perkuburan ini, pastikan pakaian tidak menjolok mata dan Muslimat juga perlu mematuhi kawasan larangan sebagaimana yang telah tertera di tiang khemah” katanya.
Sejak semalam, tali panjang diik#at antara tiang khemah yang melindungi kubur Allahyarham Nik Abdul Aziz, selain satu papan tanda bertulis 'Perhatian, Wanita Dilarang Melepasi Tali Kuning' turut dilekatkan di tiang tersebut.
Sumber
Tag :
Jenazah,
Pengalaman
0 Komentar untuk "Pengalaman Urus Jenazah TGNA"