malaynews1. Powered by Blogger.

Kisah Sebenar Vokolis Asal Band MOJO


 

Penyanyi Aweera kecewa dan terkejut dengan kenyataan komposer dan ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim memberitahu dia disingkirkan daripada kumpulan itu sekaligus tidak turut serta di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) yang akan berlangsung pada 18 Januari depan.
Membidas kenyataan Edry itu, pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham menyatakan sebetulnya dia terlebih dulu membuat keputusan menarik diri daripada menyertai kumpulan itu untuk AJL29 selepas secara rasmi tidak lagi sebagai vokalis Mojo sejak Februari lalu.
Jelasnya, dia nekad dengan keputusan itu selepas Edry memberitahunya akan bergandingan vokalis baru pada saingan akhir. Bahkan, Edry meletakkan syarat seandainya dia menang vokal terbaik, dia perlu berkongsi hadiah dengan vokalis baru.
"AJL adalah sebuah pertandingan berprestij, pentas yang dinantikan semua penyanyi tanah air. Bukan calang-calang yang layak bertanding di AJL. Jadi, kenapa saya mesti tolak peluang itu?
"Sebenarnya, saya tarik diri. Malah, sewaktu perjumpaan dengan pihak TV3, ketika itu Edry dan anggota Mojo lain ada bersama dalam pertemuan itu.
"Apabila saya beritahu keputusan tarik diri, semua yang ada di situ terkejut dan saya juga terkejut dengan kenyataan Edry mengatakan saya disingkir sedangkan kenyataan itu tidak benar," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.
Menurutnya, dia nekad tarik diri selepas Edry memberitahunya, dia perlu berduet dengan vokalis baru Mojo.
"Saya difahamkan vokalis mereka itu berasal dari Indonesia dan dia akan menyanyi bahagian vers dan saya pula menyanyi untuk korus yang range macam nak terkeluar anak tekak. Jika menang vokal terbaik, kami perlu berkongsi 50-50.
"Saya tidak bersetuju keputusan Edry tetapi saya tidak kisah sangat soal hadiah. Ini bukan majlis perpisahan Mojo atau apa-apa tetapi AJL sebagai pertandingan berprestij. Bagi saya tidak masuk akal apabila Edry mahu saya berduet dengan vokalis baru mereka itu," katanya.
Aweera mengulas lanjut laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kenyataan Edry mengesahkan dia disingkirkan sebagai penyanyi untuk lagu Romancinta pada saingan akhir AJL29.
Tambah Aweera, keputusan Edry mahu mengandingkan dia dengan vokalis berkenaan disifatkan sebagai mengambil kesempatan ke atas kekuatan vokalnya untuk kepentingan Mojo.
"Sewaktu saingan separuh akhir, saya dipanggil menyanyi bersama Mojo. Saya bersetuju sebab lagipun sejak awal lagi memamg saya yang menyanyikan single itu tetapi Edry ada minta saya carikan secessionist (pemuzik gantian).
"Saya ada bertanya kepada Edry ke mana Johar (pemain dram) dan Dani (gitar). Edry beritahu mereka berdua ke Indonesia untuk menjalani penggambaran semula video muzik single terbaru mereka.
"Tapi sewaktu sesi fotografi AJL baru-baru ini, Edry mengakui Johar dan Dani sebenarnya tidak pergi ke Indonesia apabila Johar pergi berbulan madu dan Dhani pula di rumah menjaga anak," katanya yang turut mendedahkan yang Edry ada berjanji akan mengekalkan pemuzik yang sama jika mereka melangkah ke pentas final.
Perbualan Edry dengan Mojo menerusi aplikasi WhatsApp yang berjanji akan mengekalkan pemuzik sama jika mereka layak ke final AJL29.Perbualan Edry dengan Mojo menerusi aplikasi WhatsApp yang berjanji akan mengekalkan pemuzik sama jika mereka layak ke final AJL29.
Katanya, dia ada berjumpa dengan Azmeer yang menyatakan Mojo layak ke akhir sebab kekuatan lagu dan juga vokalnya. Namun, Edry pula mahu vokalis baru bergandingan dengannya seolah anggota KRU itu cuba mengambil kesempatan mempromosikan vokalis mereka pada malam itu apatah lagi AJL ditonton jutaan ramai peminat.
Dalam pada itu, penyanyi yang pernah memenangi tempat ketiga program realiti One In A Million meluahan rasa sedih dan kecewa apabila ramai peminat mengkritik dan mengelarnya seperti kacang lupakan kulit.
"Ramai yang ingat saya disingkirkan daripada Mojo sebab saya bermasalah tapi sebenarnya saya yang minta kontrak ditamatkan lebih awal. Selama tiga tahun saya dibawah naungan KRU tetapi tidak dapat kumpulkan satu pun aset sehingga rasa saya mahu bergerak solo.
"Ketika ini, ramai menghentam saya di Facebook. Bermacam tohmahan dilemparkan pada saya akibat kenyataan Edry itu tetapi saya hadapinya semua dengan senyuman.
"Namun, apa yang mahu saya tegakkan ialah kenyaatan Edry adalah tidak benar dan saya tidak hormat lagi dengannya. Dia sengaja mahu mengambil kesempatan terhadap saya dan atas sebab itu saya nekad tarik diri kerana hal ini melibatkan maruah saya.
"Saya akui banyak lagi perlu saya belajar dalam selok belok industri tetapi dia jangan fikir saya tidak tahu apa-apa," tegasnya.
Pada masa sama Aweera mengesahkan dia kini kembali sebagai penyanyi solo dan bernaung di bawah naungan syarikat rakaman Sony Music sejak empat bulan lalu. Dia kini dalam perancangan mempromosikan single terbaru ciptaannya sendiri berjudul Terhakis.  
- mD

View the original article here

0 Komentar untuk "Kisah Sebenar Vokolis Asal Band MOJO"
Back To Top