malaynews1. Powered by Blogger.

Kisah Sebenar Pasangan Dinikahkan Atas Katil Hospital Sultanah Nur Zahirah



Kisah Sebenar Pasangan Dinikahkan Atas Katil Hospital Sultanah Nur Zahirah

Kisah Sebenar Pasangan Dinikahkan Atas Katil Hospital Sultanah Nur Zahirah | “Hilang rasa sakit bila saya berjabat tangan dengan jurunikah,” kata Mohd Zulkamal Yassin yang dinikahkan dengan pasangannya Nora Liana Yusof di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pagi tadi.
Pengantin lelaki segak mengenakan baju melayu putih dan bersongkok hitam dilihat tenang di atas katil sebelum upacara akad nikah dijalankan.
Lelaki itu sah memperisterikan gadis idamannya yang dikenali sejak enam bulan lalu dengan mas kahwin sebanyak RM500 beserta tujuh dulang hantaran dengan sekali lafaz.
Lelaki itu yang bekerja sebagai jurukimpal menyatakan dirinya merasakan inilah detik paling bahagia buatnya kerana hasrat untuk memperisterikan Nora Liana termakbul.
“Walaupun terpaksa dinikahkan di atas katil wad, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar atas kerjasama kedua-dua ahli keluarga dan staf di wad ini. Saya amat berterima kasih kepada pihak HSNZ kerana sudi memberi ruang menyatukan kami,” katanya.
Isterinya, Nora liana menyatakan dia tidak mampu menahan linangan air mata kegembiraan selepas suaminya berjaya menyelesaikan urusan akad nikah dengan sekali lafaz.
Perasaan agak gemuruh tetapi pada masa sama terharu melihat kedua keluarga mereka tidak putus-putus memberi semangat kepadanya dan pasangan ketika melangsungkan majlis akad nikah.
“Jodoh kami sudah ditakdirkan begini dan saya tidak jangka ia berlaku lebih meriah daripada saya bayangkan. Saya benar-benar kagum dengan sikap suami yang bersungguh-sungguh untuk menyatukan kami berdua walaupun keadaannya masih terlantar Saya akan sentiasa menemaninya sepanjang rawatannya di HSNZ,” katanya.
sumber


View the original article here

0 Komentar untuk "Kisah Sebenar Pasangan Dinikahkan Atas Katil Hospital Sultanah Nur Zahirah"
Back To Top