malaynews1. Powered by Blogger.

Iklan Perlekeh Pekerja Indonesia Di Kecam

Iklan Perlekeh Pekerja Indonesia Di Kecam | Sebuah syarikat perniagaan menjual peralatan pembersihan bakal dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan Indonesia kerana menggunakan iklan yang memperlekehkan tenaga kerja dari republik berkenaan.

Iklan Perlekeh Pekerja Indonesia Di Kecam

Difahamkan, iklan syarikat yang beroperasi di Damansara itu memaparkan ayat yang menyarankan pembeli barangan mereka memecat pembantu rumah yang berasal dari Indonesia dengan tugas itu diambil alih produk robot pembersih rumah yang dikeluarkan jenama syarikat berkenaan.

‘Fire your Indonesian maid’ (Pecat pembantu rumah Indonesia anda), ayat tersebut dengan penegasan bergaris pada perkataan ‘Indonesia’ memberi gambaran bahawa produk yang dipasarkan lebih baik daripada tenaga kerja manusia.

Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, memaklumkan wakil kedutaan telah pergi ke premis berkenaan, namun  syarikat itu tidak beroperasi, semalam.

Menurutnya, pihaknya kesal dengan paparan iklan tersebut yang dilihat keterlaluan dan amat rasis.

“Syarikat itu perlu tarik balik semua iklan yang dipaparkan dan meminta maaf secara terbuka melalui media massa Malaysia atau bersedia menghadapi tindakan undang-undang kami,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kaedah yang digunakan syarikat berkenaan semata-mata mahu melariskan produk keluaran mereka juga disifatkan sebagai ‘melampau’ .

“Bukan pembantu rumah warga Indonesia sahaja bekerja di Malaysia, malah dari negara lain juga ada. Kenapa yang menjadi mangsa warga Indonesia?” katanya.

Sebelum ini, gambar iklan itu dimuat naik ke dalam akaun Facebook milik seorang warga Indonesia, Okina Fitriani.

Dia menulis status: "Ini iklan rasis, Saya sudah membuat laporan kepada Kementerian Tenaga Kerja. Jika anda anti rasis, jangan beli sebarang produk dari syarikat ini".

Setakat semalam, 139 kongsian telah dibuat menerusi status berkenaan.

Susulan daripada itu juga, satu laporan telah dibuat oleh Kedutaan Besar Indonesia di Balai Polis Damansara Utama, semalam.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/iklan-perlekeh-pekerja-indonesia-1.357137

View the original article here

0 Komentar untuk "Iklan Perlekeh Pekerja Indonesia Di Kecam"
Back To Top