Pelakon dan pengacara TV, Hanis Zalikha berasa amat berdebar dan gusar dengan persiapan perkahwinan yang masih ditahap yang rendah dan belum siap sepenuhnya.
Ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya dan mengharapkan segalanya dapat berjalan lancar seperti majlis perkahwinan pasangan mempelai yang lain.
“Berapa peratus persiapan tu, Hanis tak boleh nak nilai sebabnya Hanis belum bertunang sebab nak ikut adatkan orang kata step by step, keluarga pun banyak membantu dalam menguruskan hal perkahwinan Hanis.
“Hanis memang pergi ke Paris baru-baru ini ni dengan 2 tujuan, yang pertama beli barangan perkahwinan dan yang kedua adalah bercuti bersama keluarga terutama dengan adik beradik saya, apabila sudah bergelar isteri nanti tanggungjawab saya akan berubah sepenuhnya,” ujarnya kepada portal Murai.com.my
Hanis yang ditemui wartawan di Majlis Safi Balqis White Trilogy Cerah Sempurna Masterclass Bersama Hanis Zalikha di Bangsar turut mengumumkan dalam tahun ini dia akan berkahwin dengan Hairul Azreen.
“Saya dengan Hairul akan berkahwin dalam tahun ini juga, tetapi bulan berapa belum pasti lagi, jangan risau saya akan umumkan kepada media apabila tarikhnya sudah dimeterai kedua-dua pihak,” seloroh Hanis sambil ketawa.
Dalam perkembangan lain, Hanis baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri yang bertajuk ‘Ku Tinggalkan Cinta’ untuk siaran Astro Mustika HD yang turut dibintangi Shaarnaz Ahmad dan Mimi Lana.
0 Komentar untuk "Hanis Zalikha gusar menanti hari perkahwinan"