Dengar-dengar pasangan kekasih bukan muhrim yang menaiki motosikal bersama akan dikenakan tindakan, betul ke??
Haaaa.. Di Kuala Terengganu, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dikhabarkan akan melakukan penguatkuasaan khusus bagi mencegah kegiatan tak bermoral dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
Bukan itu saja tau, bagi pasangan yang belum berkahwin dan bukan muhrim pun akan dikenakan tindakan haaa. Dah tak boleh dah naik motor sekali, bak kata orang kedah ‘menarik’, maknanya naik motor sekali la.
Menurut Ketua Penguatkuasaan Syariahnya,Mokhtar Salleh, selain dari pasangan bukan muhrim menaiki motosikal bersama dorang juga akan mengfokuskan kepada golongan wanita berpakaian menjolok mata dan lelaki yang berpakaian wanita, golongan maknyah la kira.
Bukan tu saja tau.. Pihak beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis dan JPJ dalam menjalankan operasi bagi mengesan pesalah. Wuhuuuuww.. Bahaya ni ! Silap-silap dapat surat cinta pulak.
"Benda seperti ini sudah bagaikan satu trend dengan kaum wanita sering dilihat membonceng motosikal dalam keadaan tidak sopan dengan lelaki walaupaun tanpa ikatan yang sah." Katanya.
Bagus jugak kan buat macam ni.. Sebab budak-budak zaman sekarang dah macam hilang rasa malu dorang. Suka-suka dorang ja nak bermesra.. Apa dorang ingat sini Amerika??
0 Komentar untuk "Gadis bonceng motor dengan pakwe bakal dihukum"