malaynews1. Powered by Blogger.

Ezad Lazim Ambil Syabu Ubati Kencing Manis?

Ezad Lazim Ambil Syabu Ubati Kencing Manis? | Ezad Lazim menerusi laporan mstar mendakwa dia mengambil syabu kerana ada pihak mengatakan ia mampu ubati penyakit kencing manis.

Memang pelik tahap gaban la kan bila bende yang merosakkan badan nak dijadikan ubat....adussss...

Dalam pada itu, Ezad juga merasa terkilan apabila ada pihak menuduh dia sengaja mereka cerita kononnya menghidap diabetes  bagi menyembunyikan kisah di sebalik berat badannya susut akibat dadah.

Ezad Lazim Ambil Syabu Ubati Kencing Manis?

Kata Ezad, tidak mempunyai sebarang sebab untuk dia mempermainkan soal kesihatannya namun mengakui dadah antara punca dia kehilangan berat badan.

"Saya tidak pernah menipu apabila memberitahu saya sakit dan badan saya kelihatan kurus kerana kesan penyakit diabetes sebaliknya kerana pengambilan dadah ketika itu.

"Sehingga kini saya masih mengambil ubat-ubatan bagi mengawal kandungan gula dalam darah," katanya.

Khamis lalu, Ezad mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Khamis.

Bagaimanapun Nurul Izzah menetapkan 10 Februari ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan tersebut.

Tambah Ezad, dia sebenarnya  menghidap diabetes sejak lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Ezad berkata, dia pada awalnya mengambil bahan terlarang itu apabila ada pihak memberitahu ia mampu memulihkan penyakit kencing manis.

Ezad berkata, dia bersyukur penahanannya memberikan pengajaran terbesar sepanjang bergelar artis.

"Saya sedar tindakan tanpa berfikir panjang itu telah membawa padah kepada saya namun saya bersyukur ditahan kerana jika tidak mungkin saya hanyut terlalu jauh," ujarnya.

Sementara itu, Ezad berkata, biarpun kejadian itu telah mencalarkan namanya namun dia bersyukur masih mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/06/ezad-lazim-terkilan/

View the original article here

0 Komentar untuk "Ezad Lazim Ambil Syabu Ubati Kencing Manis?"
Back To Top