Seorang remaja membuat laporan pada Sabtu, mendakwa dua pegawai polis telah menangkap dia dan teman lelakinya yang sedang melakukan hubungan seks di dalam kereta di Kota Damansara pada 26 Januari dan polis berkenanan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Dua anggota polis dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin kerana didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun itu.
"Mangsa mendakwa semasa di dalam kereta polis, pegawai tersebut telah memintanya membayar RM2,000 untuk dilepaskan.
"Mangsa bersetuju dan pegawai tersebut kemudian menurunkan dia dan teman lelakinya di tepi jalan. Dia berkata pegawai itu kemudian mengambil butir-butir dirinya,"
Pelajar itu mendakwa pada hari yang sama, dia menerima panggilan daripada pegawai yang didakwa menuntut bayaran rasuah itu.
Gadis itu mendakwa pegawai itu membawanya ke pusat beli-belah berdekatan, selepas mengambilnya dari asrama dan memaksanya melakukan seks oral di dalam keretanya.
"Katanya, pegawai itu kemudian membawanya ke tandas pusat beli-belah dan memperkosanya. Dia memberitahu, jika tidak melakukan apa yang disuruh, dia akan ditangkap," .
Menurut laporan mangsa, pegawai itu tidak berhenti di situ. Gadis itu mendakwa lelaki itu telah menghubunginya lagi sehingga minggu lalu untuk meminta mengadakan hubungan seks.Credit Mstar
0 Komentar untuk "Ditangkap s3ks dalam kereta namun dia di perkosa Polis"