malaynews1. Powered by Blogger.

Che Ta Hilang 17 Kg Lepas 2 Bulan Bersalin


Semasa melahirkan Aaisyah Dhia Rana, berat badan Rozita Che Wan (Che Ta) adalah 75 kilogram. Kini, selepas dua bulan dan sembilan belas hari kemudiannya, berat badan Che Ta menurun kepada 58 kilogram.
Begitu juga dengan pinggangnya yang berukuran 41 inci semasa melahirkan Aaisyah, sekarang sudah tinggal sebanyak 26 inci. Apakah rahsia Che Ta mengembalikan bentuk badannya dalam jangkamasa singkat?
“Masa sedang mengandung lima atau enam bulan, kita dapat tawaran jadi duta produk pelangsingan, Idola. Kita tanya kat manager kita, Afeeq, bagus tak produk ni.
Rozita Che Wan insert 1
Che Ta mencabar dirinya sendiri untuk kembali langsing seperti sebelum mengandung dulu.
“Kami berbincang dan bercadang untuk mencuba sendiri produk ni. Selepas bersalin dan habis makan ubat yang diberikan oleh doktor, barulah kita cuba sendiri produk ini.
“Paling penting, kita tertarik sebab ia tak menjejaskan proses penyusuan baby kerana ia diperbuat daripada buah-buahan,” kata Che Ta yang mesra membahasakan dirinya sebagai kita.
 Che Ta ditemui selepas majlis pengumuman perlantikannya sebagai duta produk Idola, keluaran G2 Network Worldwide Sdn. Bhd., di Flora Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur, petang tadi.
Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif G2 Network (G2), Datuk Sri Dr. Saharuddin Awang Yahya, Pengasas G2, Datuk Dr. Ng Kuak Ping, Ketua Pegawai Eksekutif G2, Sally Bador dan ahli-ahli G2.
Menurut Che Ta, selain produk pelangsingan tersebut, dia juga ada menerima tawaran lain iaitu menjadi duta kepada pusat pelangsingan badan.
“Kalau jadi duta slimming centre, kita kena pergi ke pusat berkenaan dan perlu jalani macam-macam proses termasuk balut sana, balut sini, berjam-jam lamanya.
“Tapi kita ni malas dan tak ada masa nak buat itu semua. Jadi kita lebih berminat dengan produk yang mudah tapi bagus macam Idola.
“Kita cuma perlu ambil produk ini sehari sekali iaitu sebelum sarapan. Ternyata ia memang melawaskan dan membuang toksik-toksik dalam badan,” jelas Che Ta.
Bintang yang terkenal dengan penampilan anggunnya ini juga mengakui yang dia mencabar dirinya sendiri untuk kembali langsing setelah melahirkan anak pertamanya bersama Zain Saidin.
“Kita dah dapat turunkan 17 kilogram dan bercadang nak kecilkan lagi ukuran pinggang kembali kepada 22 inci macam semasa sebelum mengandung dulu,” katanya yang muncul di majlis ini dengan blaus hitam berkolarkan bulu-bulu burung serta berskirt hijau rekaan Qudyn KL.
Mengapa Che Ta Jadi Pilihan G2?
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekselutif G2 Network Worldwide, Sally Bador berkata, pihaknya menawarkan Che Ta menjadi duta kepada produk Idola keluaran mereka setelah tertarik dengan beberapa kriteria yang ada pada bintang tersebut.
“Che Ta adalah artis A++ yang eksklusif dan ada kelasnya yang tersendiri.
“Che Ta juga adalah ikon selebriti Malaysia yang sangat mendapat perhatian kerana aura populariti serta bakat yang ada padanya.
“Keayuan, keanggunan dan karisma semulajadi yang wujud pada diri Che Ta, tanpa disedari menjadi viral kepada wanita masa kini yang mahukan kelainan dalam ciri kewanitaan yang sebenarnya,” kata Sally.
Rozita Che Wan duta idola
Che Ta bersama insan-insan penting G2 Network Worldwide termasuk Sally Bador (nombor tiga dari kanan).
Menurut Sally lagi, perlantikan Che Ta sebagai duta Idola adalah selama setahun. Sepanjang tempoh itu, bintang ini akan terlibat dengan siri penjelajahan G2 ke sekitar tanah air, bermula dengan Sabah pada bulan hadapan.
Sekitar bulan Mei, Che Ta akan ke Paris, Perancis, bersama ahli-ahli G2.
Che Ta juga mungkin akan Brunei Darussalam dan Indonesia apabila G2 memasuki pasaran di sana.
Selain produk Idola, G2 juga mempunyai beberapa produk kesihatan dan kecantikan untuk lelaki dan wanita seperti Insas dan Idaman.
“G2 adalah perniagaan untuk membina kerjaya keusahawanan dan melahirkan ramai jutawan tempatan.
“Walaupun baru ditubuhkan pada Mac tahun lalu, namun setakat ini, G2 sudah ada seramai 3,000 orang ahli,” jelas Sally lagi.
(Foto: Muhammad Amir Zulfakar)

View the original article here

0 Komentar untuk "Che Ta Hilang 17 Kg Lepas 2 Bulan Bersalin"
Back To Top