Kuala Lumpur: Treler membawa muatan besi dipercayai hilang kawalan dan merempuh
papan tanda jalan di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, 10 pagi tadi.
Menurut pemandu treler terbabit, S. Kumar, 33, berkata, semasa kejadian dia bersama dua lagi
rakannya melalui jalan berkenaan untuk menghantar muatan besi
yang dibawa dari Pulau Pinang ke Bangi, Selangor.
"Sewaktu itu jalan menuruni bukit dan keadaan sedikit sesak, apabila saya tekan brek tiba-tiba
ia tidak berfungsi jadi saya terpaksa mengelak beberapa kenderaan lain sebelum merempuh
penghadang jalan di sebelah kiri yang turut melanggar papan tanda jalan,
katanya ketika ditemui wartawan.
Beliau berkata, dia dan dua lagi rakannya juga bertindak sebagai pemandu ganti tidak mengalami
sebarang kecederaan dan pihak syarikat mereka sudah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.
Sementara itu, jurucakap polis yang ditemui di lokasi kemalangan memberitahu terdapat
sebuah kereta model Honda City turut terbabit dalam kemalangan itu namun
tiada kecederaan dilapor dialami pemandu berkenaan- Harian metro
0 Komentar untuk "Angkara brek tak ‘makan’"