malaynews1. Powered by Blogger.

7 Foto perubahan mengejut penampilan Rozita Che Wan

Pastinya ramai jejaka diluar bertambah-tambah makan hati dengan pelakon berdarah kacukan Zain Saidin bukan? Mana tidaknya, sudahlah dikurniakan isteri cantik, menjaga kebajikan suaminya dunia dan akhirat lagi.

Zain yang menyambut ulangtahun yang ke 31 semalam, Isnin, telah dihadiahkan isteri tercinta pakej menunaikan umrah di tanah suci Mekah dan katanya Rozita pun akan turut sekali pergi menunaikan ibadah itu pada 25 Februari (Rabu) ini.

Pemergian Zain ke tanah Suci Mekah kali ini merupakan umrah pertamanya dan syukur kerana ditemani isteri yang sudah beberapa kali mengerjakan umrah. Hadiah itu diumumkan Rozita yang mesra dipanggil Che Ta ketika sambutan hari jadi suami tercinta di Flora Terrace, Hampshire Place pada Isnin.

Pasangan artis berkenaan menganjurkan majlis hari jadi bertemakan Glam Black, Che Ta begitu anggun mengenakan hijab dan busana hitam yang cantik manakala Zain pulak nampak segak dengan suit hitam.

Che Ta yang menerima pujian kerana tampil bertudung litup tetapi aktres ini memilih untuk bertudung demi menghormati majlis kesyukuran dan bacaan Yasin dipimpin oleh Imam Muda Asyraf dan belum disahkan telah berhijrah. Mungkin selepas pulang dari umrah nanti, InsyaAllah.

Selain Che Ta, Shasha yang juga merupakan kakak kepada Zain Saidin turut berkongsi momen-momen manis majlis tersebut.

Semoga pemergian Zain dan Che Ta untuk menunaikan ibadah dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya - Murai Batu.








View the original article here

0 Komentar untuk "7 Foto perubahan mengejut penampilan Rozita Che Wan"
Back To Top