Untuk pengetahuan umum semua buat masa ni Zamani sedang menjalani terapi pemulihan. Jangkamasa berapa lama belum lagi diketahui lagi. Harap peminat semua dapat sama2 berdoa agar beliau cepat pulih dan sembuh," begitulah info mengenai perkembangan Zamani Slam melalui FB officialnya semalam.
Bagaimanapun, tidak diketahui di manakah penyanyi itu menjalani rawatan. Namun ada tekaan kemungkinan Zamani dirawat di Rumah Pengasih sebagaimana Jamal Abdillah mendapat rawatan.
Malah minggu lalu, Pengerusi Pengasih, Datuk Yunus Pathi ada berkata, pihaknya sedia membantu Zamani untuk pulih daripada ketagihan dadah.
"Pihak kami tidak ada masalah dan sedia menerima dia (Zamani) masuk ke rumah Pengasih jika dia benar-benar mahu berubah. Kalau mahu berubah, di mana-mana pun bo#leh, kita akan bantu sekiranya dia mahu.
"Dengan kaedah dan rawatan yang disediakan, saya yakin Zamani mampu pulih dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
"Kita ada contoh terbaik iaitu Datuk Jamal Abdillah pernah menerima ra#watan di sini dan berjaya pulih," tambahnya - Eblog011.
0 Komentar untuk "4 Foto terbaru Zamani Slam sedang jalani pemulihan"